Dapur

Resepi Puding Tiramisu Kastard, Rasa Lemak Manis Kopi Sedap!

41
SHARES

“Sedapnya puding, makan sejuk-sejuk memang best…”

Tidak dapat dinafikan, dessert sememangnya menjadi kegemaran orang ramai. Tak lengkap rasanya kalau tak ada pencuci mulut selepas makan. Selain aiskrim, puding juga sesuai dijadikan pencuci mulut dan enak dinikmati sejuk-sejuk. Kali ini, satu resepi puding mudah kami kongsikan untuk anda menikmati bersama insan tersayang iaitu puding tiramisu Jadi, jika anda penggemar kopi, memang sesuai! Wajib try tau.

Baca juga: Cara Proses Pokok Aloe Vera Sendiri, Boleh Campur Dalam Minuman!

RESEPI PUDING TIRAMISU KASTARD, RASA LEMAK MANIS KOPI SEDAP

Walaupun bahan-bahannya mudah sahaja tetapi rasa puding tiramisu kastard tetap sedap seperti beli di luar.

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 5 tin air (guna tin susu tadi untuk sukat air)
  • 11 sudu besar tepung kastard (bumbun tau) *maksud bumbun tu penuh membukit.
  • Biskut marie (nak sedap cari yang perisa kopi)
  • Milo secukupnya

Cara-cara:

– Masukkan susu cair, susu pekat, air dan tepung kastard ke dalam periuk. Kacau bagi sebati.

– Kemudian, kacau atas dapur guna api sederhana. Bila pekat dan berkilat boleh tutup api.

– Masukkan ke dalam loyang/bekas secara berlapis. Mula dengan kastard, biskut marie pastu tabur milo. Pastu ulang lagi kastard-biskut marie-milo sampai kastard jadi lapisan last.

– Selepas itu blend kasar 7 keping biskut marie dengan 5 sudu besar milo. Kemudian tabur atas lapisan kastard tadi.

– Siap dan boleh simpan dalam peti ais.

Satu bekas pun tak cukup kalau makan sambil menonton TV. Silap-silap berebut nanti dengan orang lain.

Sumber: Facebook Yusma Mustafa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×