Dapur

Cara Proses Pokok Aloe Vera Sendiri, Boleh Campur Dalam Minuman!

97
SHARES

Umum mengetahui selain mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh manusia, aloe vera atau pokok lidah buaya juga boleh dijadikan bahan dalam minuman seharian kita. Rasa yang kenyal dan enak sesuai dihidangkan ketika waktu panas untuk kesegaran berpanjangan.

Banyak cara sebenarnya yang anda boleh cuba untuk proses sendiri tanaman pokok aloe vera tetapi kali ini kami akan kongsikan cara paling mudah untuk menikmati jelly aloe vera di rumah. Tak rugi kalau ada tanam pokok aloe vera, boleh cuba nanti.

Baca juga: Resepi ‘Sambal Kurang Ajar,’ Bertambah-Tambah Nasi Kalau Makan!

CARA PROSES POKOK ALOE VERA, BOLEH CAMPUR DALAM MINUMAN

Petang tadi ambil 5 pelepah aleo vera. Nak buat campuran dalam minuman kegemaran saya, sirap ais lemon + gel aleovera. Minum masa tengah hari ketika musim panas. Ini cara saya memproses aleo vera. Setiap orang ada caranya yang tersendiri.

1. Basuh sehingga bersih pelepah aleo vera.

2. Kerat kepada beberapa bahagian. Buang duri di kiri dan kanan pelepah.

3. Pelepah aleo vera tadi direndam dalam air garam. Ia bertujuan untuk membuang getahnya yang berwarna kuning. Biarkan dalam beberapa minit.

4. Buang kulitnya dan potong dadu. Saiznya ikut kesukaan masing-masing.

5. Sediakan air garam + air kapur sirih. Selepas potong dadu isinya terus rendam dalam air tersebut. Tujuannya untuk singkir lendir dan getah aleo vera.

6. Setelah siap potong dadu, basuh dengan air bersih. Rendam sekali lagi dalam air garam sahaja. Biarkan selama beberapa minit. Kemudian basuh lagi dan rebus sekejap dalam air yang telah dididihkan dahulu. Angkat dan toskan dalam penapis.

Inilah rupanya isi aleo vera yang telah siap direbus. Sedia untuk dicampurkan dalam minuman kegemaran anda. Sedapnya!

Sumber: Facebook Ibrisam Wossali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×