Dapur

Resepi ‘Sambal Kurang Ajar,’ Bertambah-Tambah Nasi Kalau Makan!

Menu sambal ikan bilis garing dan kering merupakan juadah yang paling mudah serta cepat jika kesuntukan masa untuk memasak. Lebih menambah selera apabila dipadankan dengan nasi panas dan telur mata. Sedapnya! Jom kami kongsikan resepi sambal ikan bilis garing dan pedas resepi saudari Jona MJ di Facebook.

Baca juga: Resepi Kulit Dumpling Buat Sendiri, Hanya Guna 2 Bahan je!

RESEPI ‘SAMBAL KURANG AJAR’, BERTAMBAH-TAMBAH NASI KALAU MAKAN

Kenapa kami panggil sambal kurang ajar? Sebab bila menu ni muncul masa makan, bertambah-tambah nasi kami makan. Yang berdiet pun boleh terbabas. Sebab tu kami sekeluarga panggil kurang ajar. Tak ada niat nak sangkal rezeki Allah bagi. 

Bahan-bahan:

  • Cili kering: gunting dulu utk buang biji & digoreng garing. Jaga-jaga jangan sampai hangus!
  • Bawang merah : Satu genggam. potong 4 cukup. Digoreng hingga layu
  • Bawang putih : sama macam bawang merah
  • Ikan bilis : goreng garing

Cara penyediaan:

– Semua diatas digoreng berasingan tapi guna minyak yang sama. Nak mudah goreng: ikan bilis > bwg merah & bwg putih > cili kering.

– Kisar kasar menggunkan pengisar. Masuk asing-asing dan satu-satu.

– Cili kering masukkan sedikit gula dan garam bagi cukup rasa kemudian kisar pula ikan bilis dan bawang merah serta putih. Masukkan minyak masak anggaran dalam 3/4 cawan.

Campurkan semua bahan yang dikisar halus. Letak dalam balang kedap udara. Tak perlu simpan peti ais. Boleh tahan sampai sebulan.

– Nak makan tinggal campurkan dengan nasi, telur dan kicap. Pergh! Sedap betul. Boleh buat stok nak melancong nanti. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Jona MJ

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×