Dapur

Resepi Kulit Dumpling Buat Sendiri, Hanya Guna 2 Bahan je!

50
SHARES
RESEPI KULIT DUMPLING

Dumpling merupakan juadah popular dan digemari ramai dalam kalangan masyarakat Cina. Mi wantan bersama dumpling antara juadah menjadi pilihan hati ramai kerana kombinasi yang sesuai.

Pembuatannya juga mudah sahaja kerana kulit dumpling boleh dibeli di pasar raya. Tetapi, apa kata kita cuba buat sendiri sahaja menggunakan resepi kulit dumpling seperti yang dikongsikan oleh Ida Alina di laman Facebooknya. Hanya memerlukan beberapa bahan sahaja.

Baca juga: Resepi Dumpling Ayam Paling Cepat Boleh Siap & Boleh Makan, Yang Pasti Sedap!

RESEPI KULIT DUMPLING BUAT SENDIRI, GUNA 2 BAHAN SAHAJA

Cara buat dumpling wrapper sendiri (adunan sikit). Saya suka buat dumplings dan gyoza dengan menggunakan home-made wrapper. Jenis kulit yang ni guna tepung gandum dan air panas saja. Kalau nak buat wrapper gyoza, canai adunan senipis yang boleh. Kalau kulit wantan tak perlu nipis sangat.

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum 160gm
  • 90 ml air panas (tak mendidih, dalam 65-70 darjah C)

Cara-cara:

1. Campurkan guna sudu sebab panas. Bila dah tak panas, uli sampai tak melekat dan adunan licin (dalam 3 hingga 4 minit).

2. Biarkan dalam bekas bertutup selama 45 minit.

3. Jadikan 12 bebola kecil. Saya guna tortilla press untuk leperkan. Kalau tak mahu melekat antara satu sama lain, tabur tepung jagung.

resepi kulit dumpling

4. kalau nak saiz serupa, guna acuan atau mulut cawan untuk potong bulat-bulat sekata.

RESEPI KULIT DUMPLING

Dah siap boleh letak inti yang kita dah buat. Ini dumpling yang saya buat untuk rebus dalam ssup dan dihidang dengan mi wantan. Jadi tebal sikit tak apa. Kalau untuk dikukus, atau dibuat gyoza, kena nipis lagi.

RESEPI KULIT DUMPLING

Kenapa best buat sendiri kulit ni? Sebab bahan memang ada di rumah, dapat ketebalan yang macam kita suka, saiz yang kita nak, dan boleh buat cukup-cukup untuk kita nak makan. Buat inti pun cepat saja.

Sumber: Facebook Ida Alina Salleh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×