Setiap kali berkunjung ke restoran masakan Cina yang halal, tidak ketinggalan untuk kita memesan menu-menu seperti dumpling bukan? Dumpling ini boleh didapati dalam dua variasi iaitu sama ada berkuah sup atau kering yang dimakan bersama sos. Tapi, macam leceh sahaja proses pembuatan dumpling ini?
Oleh itu, ini adalah resepi dumpling ayam yang paling ekpres anda boleh buat tetapi rasanya tetap sedap macam dimakan di kedai. Boleh cuba buat di rumah musim-mism PKP ni kan.
RESEPI CHICKEN DUMPLING PALING CEPAT SIAP!
Bahan utama yang diperlukan adalah kulit dumpling atau ‘dumpling pastry’. Anda boleh dapatkan kulit dumpling ini di pasaraya di bahagian sejuk beku.
Isi ayam bahagian dada blend bg halus
Carrot potong dadu
Bwg besar potong dadu
Isi ketam
Daun bwg / daunsup
Kiub pati aym / garam
Gaulkan sehingga sebati.
Kemudian, masukkan inti tersebut ke dalam kulit dumpling. Jadikan bentuk dumpling seperti bunjut sup atau apa sahaja bentuk yang anda inginkan. Ikut kreativiti pun boleh.
Kukus dumpling selama lebih kurang 15-20 minit. Pastikan isi ayam di dalam inti tersebut masak dengan eloknya.
Siap dimakan! Apa yang menariknya adalah anda tidak perlu susah susah masak sos kerana anda boleh beli sos Thai ini sahaja.
Selamat mencuba!
Sumber: Nadzirah Ismail