Dapur

Resepi Sup Dumpling Viral Modal RM10 Je, Boleh Dapat Sampai 40 Biji!

49
SHARES

Sebut sahaja sup dumpling, pastu kita sudah terbayangkan keenakan menghirup sup panas yang seringkali didapati di restoran makanan Cina Muslim. Enak dimakan begitu sahaja atau boleh dipadankan bersama nasi putih, sebenarnya mudah sahaja untuk buat sup dumpling ini di rumah dengan mempunyai inti yang padat. Yang penting sekali adalah modal hanya sebanyak RM10 dan boleh dapat sampai 40 biji dumpling!

Baca juga: [VIDEO] Tak Ada Minyak Masak? Rupanya Boleh Goreng Keropok Guna Garam Kasar!

Resepi Sup Dumpling, Modal RM10 Je Tapi Boleh Dapat 40 biji

Bahan inti dumpling:

– Isi ayam 300g (fillet dicincang)

– Carrot (setengah batang sagat)

– Bawang besar (1 biji cincang halus)

– Bawang putih (4 ulas cincang halus)

– Daun sup & Daun bawang (potong halus)

– Serbuk lada sulah (2 sudu)

– Minyak bijan (3 sudu)

– Serbuk maggi cukup rasa (2 sudu)

– Garam & gula (1 sudu kecil)

– Dumpling pastry (Instant)

Cara-cara:

1. Campur semua bahan-bahan kecuali dumpling pastry.

2. Gaul sebati dan perap sekejap selama 10 minit.

3. Masuk inti dalam pastry kemudian kelim pastry ikut kreativiti. Boleh cuba google @ tengok youtube cara lipat dumpling.

4. Susun dumpling kat atas pinggan, letak dalam pengukus. Kukus dumpling selama 10 minit.

5. Bila dah siap kukus, boleh makan dengan sos kicap atau goreng dumpling.

Bahan-bahan sup dumpling:

• Bawang putih (6 ulas ketuk & cincang)

• Halia (1 inci ketuk & cincang)

• Minyak bijan (1 sudu kecil)

• Serbuk lada sulah sikit

• Kiub ayam maggi (half of cube)

• Garam & gula

Cara-cara buat sup dumpling:

1. Tumis bawang putih & halia sampai naik bau.

2. Letak 1 mangkuk air dalam periuk. Masuk bahan-bahan lain sampai mendidih.

3. Letak dumpling yang da siap kukus tadi tuh dalam periuk sekali. Biarkan 2-3 minit sekejap.

4. Kemudian tabur sikit daun bawang.

5. Akhir sekali, buat sos pakai sos thai campur sikit dengan daun ketumbar yang da cincang halus. Gaul sebati then boleh makan dengan sup. Ada orang buat sos pakai kicap cair tapi lagi suka sos thai lagi padu rasanya.

Jumlah kos bahan:

Fillet ayam 500g – RM5.20

Dumpling pastry – RM1.80

Carrot 6 batang – RM1.00

Daun sup & Daun bawang – RM1.00

Bahan yang lain dah sedia ada kat rumah

Total = RM9.00

Sumber: Wany Lifa & Zuraizah Zulkifli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×