Dapur

Resepi Lengkap Sup Dumpling Halal Bersama Mi Wantan Kicap Macam Restoran Cina Muslim

59
SHARES
resepi sup dumpling

Setiap kali berkunjung ke restoran makanan Cina Muslim, antara menu yang wajib dipesan sudah semestinya sup dumpling dan mi wantan. Tetapi, jika anda tidak puas makan menu ini di kedai, usahlah risau kerana ada resepi sup dumpling dan mi wantan halal yang boleh dicuba di rumah.

Walaupun dimasak di rumah, rasanya persis seperti di restoran Cina Muslim terkemuka! Jom cuba!

Baca juga: Cara Pilih Jenis Sotong Segar Di Pasar Ramai Tak Tahu, Manis Bila Dimasak Lain Macam!

RESEPI SUP DUMPLING HALAL BERSAMA MI WANTAN KICAP

resepi sup dumpling

Dumpling lembut berenang-renang dalam mulut. Puas hati buat sendiri boleh makan sampai puas. Cara #dapurpolis tips dapatkan rasa mi wantan yang bersih, licin dan lembut macam mi tarik asli ada kongsi dibawah:

Bahan inti dumpling:

-1 keping Isi ayam bahagian dada saiz besar
-10 ekor isi udang : kisar tanpa air dua bahan ni atau cincang lumat

-Dumpling pastry (segera) secukupnya
-1/2 batang lobak merah disagat halus
-2 tangkai daun bawang dihiris
-1 sudu kecil serbuk lada sulah
-1 sudu kecil minyak bijan
-Serbuk maggi cukup rasa
-Garam dan gula secukup rasa

– Campurkan semua bahan diatas kecuali ‘Dumpling pastry’ dan kacau sebati.

-Sudukan inti ditengah kulit dumpling dan sapu air dengan jari dikelilingnya supaya melekat. Lipat dua ,sapu lagi air keliling dan kelim setiap bucu wantan dengan kemas.

Bahan Sup Dumpling:

-Bebola ikan
-Tauhu telur lembut
-4 ulas bawang putih tak perlu hiris
-3 kepin hirisan halia
-1 biji bawang besar dipotong 4
-1/2 batang hirisan lobak putih dihiris bulat
-1 kiub pati ayam
-2 sudu besar serbuk pati ayam
-Garam dan gula jika perlu
-Air secukupnya mengikut banyak kuah yang disukai

Cara-cara buat sup dumpling:

-Rebus semua bahan sup kecuali tauhu telur dan bebola ikan.

-Bahan rebusan dah lembut bolehlah keluarkan semua bahan rebusan ambil kuah sahaja.

-Masukkan dumpling yang dah siap dibuat awal tadi diikuti tauhu telur lembut dan bebola ikan. Kemudian tabur daun bawang.
-Dumpling timbul keatas maknanya dah masak.

Cara masak mi wantan:

-Lerai-leraikan mi wantan. Celurkan sekejap mi wantan di dalam air panas menggelegak dengan sedikit minyak. Kacau-kacau dan Toskan lalu milas dengan air biasa ulang proses ni 3x untuk dapat hasil mi yang licin bersih. (Celur sekejap sahaja bukan rebus lama)

Mee Wantan Kicap:

– Tumis bawang putih setelah bwg garing keluarkan bawang. Masukkan:
– kicap lemak manis
– Beberapa titik minyak bijan
– Sedikit kicap pekat
– sedikit kuah sup dumpling

resepi sup dumpling

*Masak sekejap semua bahan ni dan gaul bersama mi wantan siap. Boleh dimakan!

Baca juga: Cara Rebus Telur Separuh Masak Jadi 100% Macam Di Kopitiam, Tak Cair & Tak Keras Sangat!

Sumber: Aisyah Humaira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×