Cantik

Guna 5 Bahan Di Dapur Buat Skrub Badan, Kulit Lebih Licin & Mulus!

11
SHARES

Seperti kulit wajah, tubuh juga memerlukan skrub badan untuk membuang sel-sel kulit mati. Ia sangat penting kerana dapat membantu pertumbuhan kulit baharu setelah menggantikan sel-sel kulit mati. Ini akan membuat kulit badan lebih bersih, cerah dan glowing tau! Siapa yang tidak mahu kulit badan tampak glowing dengan sihat kan? Jom baca artikel ini!

Baca juga: 4 Fakta Penting Yang Ibu Bapa Kena Tahu Untuk Bantu Anak Jaga Gigi Susu

5 BAHAN NATURAL UNTUK SKRUB BADAN

1. Butir garam atau gula

Ramai yang suka menggunakan butir gula atau garam kerana mempunyai tekstur yang halus dan berketul sehingga boleh memudahkan proses pengelupasan kulit.

Dalam pada itu, kedua-duanya juga mampu merangsang pembentukan sel kulit yang baru namun tidak pula sesekali menyingkirkan air dan kelembapan semula jadi yang ada pada kulit kita.

2. Kopi

Mempunyai bau dan aroma yang amat menenangkan, kopi juga bagus dijadikan bahan skrub yang berkesan. Ini kerana kopi dipercayai mampu mengelupaskan sel kulit mati selain boleh mengurangkan masalah selulit akibat pengumpulan lemak.

3. Madu

Madu adalah antara bahan dapur yang mengandungi sifat antimikrob serta antioksidan sekali gus bagus untuk mengatasi beberapa masalah kulit tertentu. Teksturnya yang berminyak juga mampu membantu memudahkan proses skrub agar berjalan lebih lancar.

4. Gel dan ekstrak lidah buaya

Lidah buaya adalah antara tumbuhan yang baik untuk kulit kerana ia mampu membantu merawat luka, melicinkan dan melembutkan kulit.

Memandangkan proses skrub mempunyai risiko kulit mengalami ketidakselesaan angkara sentalan atau gosokan yang terlalu kuat, maka gel dan ekstrak aloe vera boleh membantu melegakannya.

5. Serbuk teh hijau

Siapa sangka serbuk yang biasa dijadikan sebagai minuman ini mengandungi sifat antiradang dan antioksidan yang tinggi? Jadi, ia mampu membantu mengurangkan kerosakan kulit akibat radikal bebas yang hadir menerusi pendedahan cahaya matahari!

Ia juga tidak sukar untuk ditemukan dan hanya perlu disapukan secara terus pada kulit kerana teh hijau tidak akan mendatangkan sebarang kesan sampingan malah bagus untuk kulit individu.

Selain bahan-bahan tradisional di atas tadi, anda juga boleh mendapatkan skrub badan terbaik di farmasi atau pasar raya. Kebanyakan produk asli selamat dan efektif untuk anda gunakan.

Prosedur skrub kulit perlu dilakukan dengan kekerapan, teknik, alat dan bahan yang sesuai agar ia tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan malah lebih selamat dan efektif!

Sumber: hellodoktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×