Sihat

Amalan Selama 13 Tahun, Wanita Ini Kongsi Resipi ‘Sup Kurus’ Untuk Kekal Slim

1.6K
SHARES

Ramai dalam kalangan yang berdiet mengatakan bahawa kurang sesuai untuk anda makan makanan yang berkuah ketika berdiet. Namun, berbeza pula dengan amalan diet dan kurus yang dikongsikan oleh wanita ini apabila beliau mengamalkan pengambilan ‘sup kurus’ yang dimasak sendiri. Apa yang lebih menarik adalah amalan ini sudah diamalkan selama 13 tahun dan beratnya kekal sehingga kini.

Menarik kan? Tak susah, bahan-bahan yang digunakan pun mudah untuk didapati.

SUP KURUS YANG DAH AMAL SELAMA 13 TAHUN

sup kurus

Saja nak share periuk cap buaya legend ni. Kalau nak beli, cari saiz ni tinggi atau dalam periuk 18 cm x 22 cm diameter. Saiz ni bentuknya unik ( gaya periuk zaman dulu-dulu.. buat Kari ikan memang sweet ) + comel + cute + nak buat photoshoot masak pon sesuai. Bila buat sup sayur cendawan ni rasa macam throwback zaman dulu-dulu. Suka guna time masak sup & masakan berkuah, letak garam & gula lepas tutup api..

Sup sayur cendawan ni antara resepi sup KURUS yang zt amalkan hampir 13 tahun.. lama kan? Ni je rahsianya nak slim pada angka umur nak cecah 40 an tahun depan. Rahsianya sup sayur cendawan buat 3-4 kali seminggu.. boleh mix dengan sayur sawi jepun. Jom slim macam zaman dulu-dulu ( berat badan dapat maintain 45 kg + anak 4 + umur 39 ) selamat memasak uols.

Bahan-bahan

Bahan A

4-5 ulas bawang putih tumbok pecah
( khasiat: bakar lemak + buang kolestrol )

2 biji cili api hijau tumbuk pecah
( khasiat: bakar lemak )

2 batang serai diketuk ( khasiat: awet muda + membakar lemak + membantu sistem pencernaan + membuang angin dlm badan )

1 sudu besar minyak jagung

Bahan B

-100gm isi ayam potong halus ( rendam dengan tepung gandum selama 1/2 jam bg hilang lendir ayam ) + rendaman ke 2 rendam dgn air garam 10 minit then cuci bersih nak buang kesan ubat antibiotics dicucuk pd ayam )

-1.5L air tapis

Bahan C

Sawi

Cendawan tiram (khasiat: awet muda )

Gula Kelapa perang ORGANIC secukop rasa

Garam Bukit Himalaya (pink) secukop rasa

Cara-cara

1. Panaskan periuk + add minyak masak

2.Tumis bahan A sehingga kekuningan.

3.Masukkan isi ayam..Gaul sehingga separuh masak.Masukkan air.. bagi mendidih..

4.Then masukkan cendawan tiram.. masak sehingga cendawan lembut dan masukkan sawi.. terus tutup api.. sawi akan masak layu sendiri dengan haba masakan tadi.. bila dah suam sikit masukkan gula perang & garam bukit..

5. Amalkan sup kurus ini 4 -5 kali seminggu.. buat selama 3 bulan.. nanti kurus bagitau tau… Makan ni je.. insyaAllah selim melim laju.

Info: Gula Kelapa Perang ( beli kat Jusco bahagian produk organic ). Sawi jepun Cameron highlands ni ada kat Jusco juga.. price mur mur.. rm1.50 sepacket .. kadang-kadang Jusco buat sale.. rm1 sahaja sepacket.

Sumber : Khairuzetti Zaini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×