Sihat

8 Amalan Pemakanan Yang Sihat Di Bulan Ramadan, Barulah Kuat!

2
SHARES

Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan rakyat negara ini untuk menitik beratkan aspek pemakanan yang sihat bagi memenuhi keperluan tenaga sepanjang berpuasa dan juga untuk memastikan tahap kesihatan rakyat berada pada tahap yang optimum.

Menurut laman Facebook KKM, antara amalan pemakanan sihat di bulan Ramadan ialah mengambil makanan berkhasiat yang dapat membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan badan dengan kadar sederhana ketika bersahur.

Baca juga: Elak Bawa Kanak-Kanak Ke Bazar Ramadan, Risiko Jangkitan Covid-19

8 AMALAN PEMAKANAN SIHAT DI BULAN RAMADAN

Amalan sihat yang perlu di amalkan1. Suku pinggan daripada kumpulan karbohidrat seperti nasi, roti atau mi, suku pinggan lagi daripada sumber protein seperti ayam, ikan dan telur, manakala separuh pinggan lagi sayur dan buah.

2. Ambil makanan yang tinggi serat seperti buah dan sayur bagi mengoptimumkan sistem imuniti badan.

3. Pengambilan sayur dan buah setiap hari di bulan puasa juga penting untuk mengelakkan kejadian sembelit, mengelakkan dari mudah dijangkiti penyakit dan membantu memberi rasa kenyang lebih lama.

jangan minum kopi4. Tidak digalakkan rakyat mengambil minuman berkafein seperti teh dan kopi yang boleh menyebabkan kehilangan air dalam badan.

5. Sebaliknya, digalakkan minum lapan gelas atau dua liter air antara waktu berbuka hingga ke waktu sahur, termasuk membawa bekal air kosong ketika menunaikan solat sunat Tarawih.

kuih muih6. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi gula seperti kuih-muih manis, bubur manis dan minuman manis dalam kuantiti yang berlebihan.

makanan segera7. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak, berminyak dan masin.

8. Jangan makan secara tergopoh-gapah apabila berbuka. Sebaliknya, makan perlahan-lahan supaya makanan dapat di cerna dengan mudah.

KKM ingin mengingatkan masyarakat agar terus mematuhi SOP dan mengamalkan norma baharu semasa membeli makanan demi memastikan rantaian jangkitan Covid-19 ini dapat diputuskan.

Sumber: Facebook KKM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×