Nur

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani Kongsi Penjelasan Cara Ganti Puasa Yang Bertahun Ditinggalkan

16
SHARES
CARA GANTI PUASA

Berpuasa pada bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam dan wajib dilaksanakan jika tiada sebarang keuzuran. Sekiaranya sebelum ini anda meningglkan puasa dengan sengaja atau tidak, ini cara ganti puasa yang diterangkan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Menerusi perkongsian beliau di laman Facebook itu, pengiraan jumlah ganti dan fidyh ditentukan seperti kaedah bilangan solat yang ditinggalkan.

Baca juga: Betul Ke Pakai Baju Tidur Seksi Boleh Tarik Minat Jin & Dilarang Islam?

CARA GANTI PUASA YANG DAH BANYAK TAHUN DITINGGALKAN

CARA GANTI PUASA

“Ustaz, saya tinggal puasa dah banyak tahun dan tak pernah ganti. Macam mana nak tentukan jumlah ganti dan fidyah?”

Bagi yang terlupa bilangan hari yang perlu ganti puasa, ulama menyarankan mengambil kaedah seperti solat iaitu berdasarkan hadis:

‎إذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ فَلْيُلْقِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى الْيَقِينِ

Maksudnya: “Apabila ragu salah seorang dari kamu dalam solat, hendaknya dia buang keraguannya dan dia ambil yang lebih meyakinkan.” (Riwayat Abu Dawud dan disahihkan oleh al-Albani)

Orang yang sedang solat Asar lalu terlupa adakah dia sedang di rakaat kedua atau ketiga, dia wajib pilih rakaat kedua kerana itu akan menghapuskan keraguan rakaat ketiga.

Demikian dengan puasa, jika terlupa bilangan hari tertinggal puasa, maka wajib untuk mengambil bilangan yang banyak sehingga ia meyakinkan.

Berkata Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni:

‎إذا كَثرَت الْفوائتُ عليهِ يتشاغلُ بالقضَاء فَإِنْ لَمْ يَعْلَمْ قَدْرَ مَا عَلَيْهِ فَإِنَّهُ يُعِيدُ حَتَّى يَتَيَقَّنَ بَرَاءَةَ ذِمَّتِهِ

Maksudnya: “Apabila tanggungan puasa sangat banyak, dia wajib terus-menerus melakukan qada’. Jika dia tidak tahu berapa jumlah hari yang menjadi kewajipan puasanya, maka dia wajib mengulang-ulang qada’ puasa sampai dia yakin telah menggugurkan seluruh tanggungannya.”

Sebagai contoh, jika terlupa tertinggal puasa tahun-tahun lepas, samada 10 hari atau 15 hari, maka pilihlah 15 hari agar terhapus keraguan.

Mengenai fidyah pula, wajib untuk kita hitung dahulu jumlah yang perlu diganti puasa kemudian barulah mengeluarkan fidyah.

Ada dua kaedah kiraan fidyah iaitu dengan menggandakan fidyah setiap tahun atau jika terlalu banyak dan tidak berkemampuan untuk membayar dengan jumlah gandaan, maka harus juga untuk tidak menggandakan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Balik Kampung dan Buat Solat Jamak Qasar, Adakah Ia Dikira Tempat Bermukim?

Sumber: Facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×