Percutian

Cara Daftar Masuk Raudhah Guna Aplikasi NUSUK Untuk Visa Pelancong

18
SHARES

CARA MASUK RAUDHAH 2022

Impian setiap jemaah haji atau umrah pasti ingin mengunjungi ke Raudhah dan Makam Nabi Muhammad SAW yang terletak di kawasan Masjid Nabawi di Madinah. Walau bagaimanapun, tidak semua orang bernasib baik berjaya merebut peluang keemasan itu kerana ada jemaah tidak mendapat kebenaran untuk masuk ke Raudhah.

Jemaah yang menggunakan visa pelancong perlu memohon permit melalui aplikasi NUSUK. Berikut merupakan langkah-langkah memohon permit masuk Raudhah.

Baca juga: Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik Untuk E-Visa Umrah

CARA DAFTAR MASUK RAUDHAH GUNA APLIKASI NUSUK UNTUK VISA PELANCONG

Jadi ika share dekat sinilah untuk yang guna Visa Pelancong ya. Yang pastinya syarat pertama untuk apply permit perlu ada smartphone ya.

1. Pertama sekali, kena download aplikasi NUSUK. Boleh search dalam App store kalau guna iphone.

2. Untuk register, pilih tab visitor dan masukkan detail:

– nama penuh

– no visa

– no passport

– email (apps akan hantar tac no)

3. Sebaiknya dapatkan no visa dari Malaysia dan paling lambat pun register dan booking lah slot Raudhah semasa di KLIA lagi. Sebab slot Raudhah selalu dan cepat penuh.

4. Kalau pilih slot 10 malam, saya suggest untuk solat isyak paling hampir dengan jalan untuk ke Raudhah supaya lepas solat tu, terus bergerak untuk beratur.

Kalau tak queue akan panjang dan sesak. Jauh juga nak jalan dari kawasan solat perempuan. Bagi yang uzur, boleh pakai wheelchair. Ada laluan khas untuk jemaah yang uzur.

5. Permit Raudhah pula boleh sekali je apply dalam tempoh sebulan. So kalau terlupa dan tak pergi slot tu, dia akan block kita sebulan dan tak boleh apply permit lagi dah.

6. Pintu Raudhah ialah pintu 37. Pintu 32 bukanlah pintu masuk Raudhah. Itu hanyalah kawasan sebelah raudhah saja. Jemaah bolehlah masuk untuk ziarah wada’ dan memberi salam kepada Rasulullah dengan lebih dekat.

7. Oh ya, kalau orang tanya hotel mana yang sesuai dan paling dekat bagi jemaah perempuan untuk ke Raudhah. Ika suggest carilah hotel dekat dengan pintu 338 atau 339.

RAUDHAH

Antara hotel yang betul-betul dekat dengan pintu tersebut ialah Golden Tulip Az zahabi, Hotel Oberoi, Dar At Taqwa. Kalau yang jauh sikit boleh cuba Hotel Muna Kareem atau Grand Plaza Hotel. Dia straight je masuk pintu 339 tapi perlu jalan sikit.

Waktu masuk Raudhah: 

Lelaki: 6 pagi – 11 pagi, 9.30 pagi – 12 pagi

Perempuan: 1 pagi – fajr prayer, zuhur – isyak prayer

Semoga diberi rezeki untuk masuk ke Raudhah.

Sumber: Facebook Ika

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×