Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melaporkan jemaah umrah dari United Kingdom (UK), Tunisia, Kuwait, Bangladesh dan Malaysia wajib menyediakan data biometrik masing-masing. Pengunaan imbasan biometrik bertujuan untuk mendapatkan visa umrah secara elektronik (E-Visa).
Baca juga: ‘Musim Sejuk’ Di Malaysia Dijangka Berlarutan Hingga Februari 2023
JEMAAH MALAYSIA WAJIB GUNA IMBASAN BIOMETRIK UNTUK E-VISA UMRAH
Data biometrik meliputi cap jari, wajah, mata dan salinan pasport digunakan menerusi aplikasi Saudi Visa Bio untuk menghadiri ibadah umrah.
“Jemaah perlu menggunakan aplikasi Saudi Visa Bio yang membolehkan pendaftaran secara pengesahan biometrik meliputi cap jari, wajah, mata dan salinan pasport untuk menghadiri ibadah umrah”, jelasnya.
Inisiatif ini untuk memudahkan urusan jemaah yang ingin ke Mekah tanpa perlu mengunjungi pejabat visa dan ini merupakan pertama di dunia menerima pengesahan biometrik menerusi telefon pintar sahaja.
Sumber: BH Online