Rakyat

‘Musim Sejuk’ Di Malaysia Dijangka Berlarutan Hingga Februari 2023

1
SHARES

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip, melaporkan cuaca sejuk di Malaysia dijangka berterusan hingga Februari tahun depan.

Purata suhu cuaca nyamin itu di antara 22 hingga 30 darjah Celcius kerana membabitkan perubahan angin sejuk dari tanah besar China.

Baca juga: Nak Hilangkan Lebam Tuam Guna Ais Atau Haba? Ini Jawapan Pakar

‘MUSIM SEJUK’ DI MALAYSIA BERLARUTAN HINGGA FEBRUARI

“Jadi apabila awan hujan banyak, dari segi pancaran matahari agak terlindung yang menyebabkan suhu akan lebih rendah berbanding tempoh masa yang lain,” ujarnya.

Selain itu, Pakar Meteorologi Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah, turut menjelaskan angin dari China memasuki Malaysia bermula awal November dan ia menyebabkan suhu serendah 22 darjah Celsius, lapor Bernama.

“Perubahan angin monsun ini memang akan memberi kesan kepada suhu dan situasi ini akan turut dipengaruhi oleh geografi atau kedudukan sesebuah kawasan, sekiranya berada di tanah tinggi seperti Genting Highlands suhunya lagi sejuk,” jelasnya.

Kesan peralihan angin MTL datang dari arah utara atau dikenali luruan monsun menyebabkan rakyat Malaysia merasai cuaca dingin.

“Musim MTL ini memberi kesan kepada jumlah cahaya matahari yang diterima di Malaysia yang berkurang selain mendung dan hujan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×