Nur

Betul Ke Pakai Baju Tidur Seksi Boleh Tarik Minat Jin & Dilarang Islam?

3
SHARES
TIDUR PAKAI BAJU SEKSI

Topik mengenai tidur pakai baju seksi menjadi perbualan hangat orang ramai kerana rata-rata beranggapan tindakan itu akan menarik minat jin dan tidak elok.

Perkara ini kadang kala turut menyebabkan keretakan rumah tangga akibat si isteri tidak mahu berpakaian seksi ketika tidur dengan suami.

Baca juga: Tutut Aurat Tapi Nampak Lekuk Tubuh, Wanita Muslimah Elak Pakaian Syuhrah Ini!

HUKUM TIDUR PAKAI BAJU SEKSI, BETUL KE JIN SUKA?

TIDUR PAKAI BAJU SEKSI

Umum mengetahui tidur secara bogel boleh jadi haram sekiranya dilihat oleh orang lain yang bukan mahram. Selain itu, antara persoalan menjadi tanda tanya dan perbualan juga adalah mengenai muslimah yang tidur dengan berpakaian seksi.

Perkara ini sudah tentunya membuatkan para wanita risau untuk memakai pakaian seksi ketika tidur walaupun bilik tidur merupakan kawasan privasi. Ini bermakna tiada siapa dibenarkan melainkan diberi keizinan untuk melakukan sedemikian.

Selain itu, antara yang sering dikatakan dan paling popular adalah wanita tidur dengan pakaian seksi dikatakan akan ditiduri oleh jin dan menyukai perempuan tersebut.

Sebenarnya, itu adalah mitos sahaja dan tidak menjadi masalah untuk memakai pakaian seksi ketika tidur. Namun perlu memastikan bahawa tidak dilihat oleh orang lain.

Berpakaian seksi ketika bersama suami juga adalah dibolehkan dan digalakkan untuk menyemarakan lagi ‘benih’ cinta antara pasangan.

Sesetengah ulama berpendapat bahawa jika tidur tanpa pakaian atau sehelai kain hukumnya adalah makruh. Jadi, tiada sebarang masalah untuk seorang wanita tidur memakai baju tidur seski.

Rasulullah SAW bersadba:

احفظ عورتك إلا من زوجتك أو ما ملكت يمينك

Maksudnya: Jagalah auratmu kecuali terhadap istrimu atau budak yang engkau miliki”. HR. Abu Daud

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Buat 4 Benda Ini Untuk Pengakhiran Hidup Yang Diimpikan & Tenang Di Alam Kubur

Sumber: YouTube Ustaz Adnin & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×