Nur

Hukum Wanita Travel Seorang Diri Tanpa Mahram Lebih 3 Hari, WAJIB Ambil Tahu Ini!

4
SHARES
HUKUM WANITA TRAVEL SOLO

Solo travelling sudah menjadi satu trend buat semua orang tanpa mengira jantina. Namun perkara ini menjadi tanda tanya di media sosial mengenai hukum wanita travel solo tanpa mahram.

Mereka juga difahamkan menguar-uarkannya di media sosial dan risau boleh menjatuhkan fitnah. Jadi, bagi mengetahui tentang hukumnya, ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Penjelasan Tentang Hukum Makan Dahulu Bayar Kemudian, Macam Ini Rupanya!

HUKUM WANITA TRAVEL SOLO, BOLEH ATAU TIDAK?

HUKUM WANITA TRAVEL SOLO

Nabi Muhammad SAW bersadba:

“Janganlah seseorang wanita itu bermusafir selama tiga hari melainkan bersama-sama dengan mahramnya,” Riwayat al-Bukhari (1086), Muslim (1338)

Larangan tersebut adalah kerana ingin menjaga dan menjamin keselamatan wanita supaya tidak diganggu oleh orang lain. Walau bagaimanapun, larangan ini dikecualikan untuk wanita muslimah yang ingin berhijrah atau tawanan.

Ini bermakna jika seseorang wanita itu ditawan oleh orang kafir dan mempunyai kemampuan untuk melarikan diri dari mereka, maka dibolehkan juga untuk keluar tanpa perlu kepada mahram.

Berbalik kepada persoalan di atas, hukum perempuan travel solo boleh dibahagikan kepada dua pendapat seperti di bawah.

1. Haram

Mazhab Hanafi dan Hanbali tidak membenarkan wanita muslimah pergi menunaikan haji wajib melainkan dengan mahramnya.

2. Harus

Mazhab Maliki dan Syafie pula mengatakan hukumnya adalah harus walaupun tidak memiliki mahram untuk melakukan haji. Namun hendaklah ditemani sekumpulan wanita yang boleh dipercayai.

Jadi, kesimpulannya hukum solo travelling bagi wanita adalah harus dan mestilah mengikut syarat di bawah:

– Dalam keadaan aman terhadap dirinya, agamanya, maruahnya, di masa permusafirannya sama ada dalam perjalanan, ketika di destinasi dan juga ketika pulang.

– Perlu mendapatkan keizinan daripada mahram dan juga wali yang terdekat.

–  Bukan musafir ke tempat-tempat yang boleh membawa kepada fitnah atau memberikan mudarat terhadap dirinya.

Ada baiknya jika melancong bersama ahli keluarga yang lain untuk menjaga maruah, adab dan tidak difitnah.

Baca juga: Ustazah Asma’ Harun Kongsi Doa Hadapi Peperiksaan Untuk Amalan Ibu Ayah & Pelajar

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×