Nur

Tutut Aurat Tapi Nampak Lekuk Tubuh, Wanita Muslimah Elak Pakaian Syuhrah Ini!

32
SHARES
PAKAIAN SYUHRAH

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai jenis material dipakai oleh kaum wanita menampakkan tubuh badan dan tidak sesuai dikenakan kerana ia tergolong dalam pakaian syuhrah.

Material seperti satin atau apa-apa sahaja kain yang melekat pada badan sehingga kelihatan lekuk badan adalah tidak menepati syariat Islam dan perlu dielakkan.

Baca juga: Buat 4 Benda Ini Untuk Pengakhiran Hidup Yang Diimpikan & Tenang Di Alam Kubur

ELAK PAKAIAN SYUHRAH SEHINGGA TARIK PERHATIAN ORANG LAIN

PAKAIAN SYUHRAH

Buat yang masih tidak tahu, syuhrah merupakan perkataan Arab yang membawa maksud menonjol, jelas nampak atau tersebar.

Dalam sebuah hadis, ada disebutkan mengenai pakaian syuhrah:

مَنْ لَبِسَ ثَوْبَ شُهْرَةٍ أَلْبَسَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَوْبَ مَذَلَّةٍ

“Sesiapa yang memakai pakaian syuhrah, Allah akan memakaikannya pada Hari Kiamat pakaian kehinaan” (Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Abu Daud. Hadis hasan)

Maksud pakaian syuhrah dalam hadis di atas adalah pakaian tersebut menarik perhatian orang ramai sehingga kagum melihat si pemakai.

Pakaian itu dipakai atas kesombongan yang ada dalam diri pemakaian. Tujuannya agar mata orangramai tertumpu padanya, merasakan diri istimewa samada di sudut kekayaan atau di sudut kewarakan beragama. Inilah yang dihuraikan oleh para ulama seperti al-Imam al-Syaukani.

Sebagai wanita muslimah, terdapat beberapa syarat perlu diambik kira apabula memilih pakaian. Antaranya:

1. Pakaian mestilah yang tidak menampakkan bentuk anggota badan.

2. Pakaian mestilah yang tidak menampakkan warna kulit.

3. Pakaian mestilah yang tidak terdedah, tidak nipis, tidak ketat dan seumpamanya sehingga boleh datangkan fitnah dan kebinasaan.

Jadi, sebagai seorang muslimah, pemilihan jenis fabrik memainkan peranan penting supayata tidak ketat dan jarang sehingga menampakkan tubuh.

Perlu diingatkan pakaian tersebut mestilah tidak berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian orang bukan mahram untuk melihat.

Walau bagaimanapun, niat juga memainkan peranan kerana jika berpakaian sopan tetapi bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai maka ia termasuk dalam syuhrah.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ustaz Azhar Idrus Jelas Hukum Suami Like Gambar Perempuan Lain Di Media Sosial, Jaga-Jaga!

Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun & Jabatan Mufti Negeri Perlis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×