Percutian

Rupanya Kalau Hutan Tiba-Tiba Senyap, Itu Tandanya Ada Binatang Buas!

4
SHARES
pantang larang masuk hutan

Orang tua-tua kata, pantang larang masuk hutan jangan dibuat main. Ini kerana boleh mengancam nyawa dan perlu lebih berhati-hati sekiranya anda keseorangan.

Kalau nak tahu, ada banyak pantang larang dan fakta mengenai hutan yang anda perlu tahu sebelum masuk. Ada orang ikut, ada juga sebaliknya. Terpulang kepada diri masing-masing.

Baca juga: Cara Tanam Daun Kesum, Dalam 3-4 Hari Dah Tunjuk Hasil!

PANTANG LARANG MASUK HUTAN YANG RAMAI TAK TAHU

PANTANG LARANG MASUK HUTAN

1. Lumut taik kera. Kalau jalan di waktu malam, terutama di hutan padat dekat dengan air terjun atau sungai, anda akan nampak ada benda bercahaya warna hijau. Itulah yang dipanggil lumut taik kera.

Bila siang tak nampak apa-apa, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sedikit bantuan cahaya dari bulan bintang.

Menariknya, lumut ini hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), jadi kalau sesat, ikut sahaja laluan ni di waktu malam, insyaAllah tak langgar pokok.

2. Kalau terserempak dengan ular tedung masa dalam hutan, jangan buat gerakan mengejut. Berdiri tegak dan undur ke belakang.

Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh sahaja.

3. Kera dan lutong adalah spesis yang sama. Spesis kera tak akan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu tetapi akan lebih lincah daripada gerakan ranting kita.

Untuk halau kera, patahkan pokok renek dengan daun dan ranting yang mengembang. Hayunkan dekat kera.

4. Kalau tiba-tiba hutan senyap dan sunyi sepi, itu tandanya ada haiwan seperti harimau, harimau akar dan beruang sedang mengintai.

5. Beruang madu. Hutan paya dekat Malaysia banyak beruang madu. Saiznya hanya sekerat pinggang dan berwarna jingga. Kalau terserempak, kita yang perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang akan lari.

PANTANG LARANG MASUK HUTAN

6. Kalau berkhemah di tepi sungai, jangan buat khemah dekat tepi air. Dinasihatkan buat di bahagian atau kawasan yang pokoknya besar.

Tandakan satu batu yang besar, kalau tengah malam batu hilang, maknanya air tengah naik.

7. Tanda-tanda kepala air. Kalau hujan dekat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dari dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda-tanda lain yang kita perlu tengok adalah kehadiran buih-buih putih dekat tempat tak berbuih.

8. Nak masak air. Jangan ambil air dekat tepi sungai, ambil dekat tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi kencing di tepi sungai, arus akan tolak air kencing itu ke tebing.

9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya. Contohnya harimau, gajah, badak, seladang dan lain-lain. Kalau dari jauh dengar bunyi kera buat bising tentu ada binatang besar tengah lalu.

10. Makan makanan yang dimasak seperti ikan bakar, ayam bakar dan sebagainya sampai habis. Kemudian, hanyutkan atau tanam lebih makanan. Ini kerana lebihan makanan dan bau makanan akan menarik perhatian beruang, kera, gajah untuk datang bertandang.

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila dekat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dan lain-lain) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dalam pukul 5 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari.

Baca juga: Patutlah Pokok Mati Walaupun Dah Siram, Salah Waktu Rupanya!

Sumber: Twitter Rozali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×