Famili

Budak Lelaki 8 Tahun Gigit Ular Tedung Selepas Dipatuk Sampai Mati, Luar Biasa!

2
SHARES

Terdapat satu kejadian luar biasa telah berlaku di India, di mana seekor ular tedung dipercayai mati selepas digigit seorang budak lelaki berusia lapan tahun.

Ia berlaku di kampung Pandarpadh, sebuah kawasan terpencil di tengah wilayah Chhattisgarh, lapor Kosmo Sabtu lalu.

Baca juga: Rupanya Wanita Hamil Selalu Minum Kopi, Boleh Tingkat Risiko Anak Jadi Pendek!

ULAR TEDUNG MATI DIGIGIT BUDAK LELAKI

Gambar: DEEPAK membalas serangan ular itu selepas gigitannya gagal dilepaskan. – Mail Online

Menurut laporan akhbar Mirror UK pada Jumaat, ular itu terjatuh di atas Deepak ketika dia sedang bermain di luar rumah pada Isnin lalu. Ia melingkar pada lengannya sebelum mematuknya.

Budak lelaki tersebut kemudian menggoncang lengannya dengan kuat untuk melepaskan ular itu, namun gagal. Dia tidak berputus asa lalu menggigit badan ular itu untuk membunuhnya.

“Ular itu telah melilit tangan dan menggigit saya. Saya berasa amat sakit. Memandangkan reptilia itu tidak berganjak apabila saya cuba menepisnya, saya menggigitnya dengan kuat sebanyak dua kali. Semuanya berlaku dalam sekelip mata,” kata Deepak.

SATU ‘GIGITAN KERING’ DIBERIKAN REPTILIA ITU KEPADA DEEPAK

Ibu bapa Deepak kemudian membawanya ke pusat perubatan berhampiran. Dia kemudian dipantau untuk memastikan dia pulih sepenuhnya.

Doktor mendapati mangsa mengalami kesan ‘gigitan kering’ yang bermaksud ular tedung itu tidak mengeluarkan racun.

“Deepak tidak menunjukkan sebarang gejala dan pulih dengan cepat kerana gigitan kering apabila ular berbisa menyerang.Tiada racun yang dikeluarkan untuk gigitan seperti itu,” kata seorang pakar ular kepada akhbar The New Indian Express.

Ular dewasa yang mempunyai kawalan penuh terhadap racun sering memberikan gigitan kering. Ia sering berlaku apabila ular memberi amaran atau menakutkan haiwan lain berbanding membunuhnya. – Agensi

Sumber: Kosmo!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×