Famili

Rupanya Wanita Hamil Selalu Minum Kopi, Boleh Tingkat Risiko Anak Jadi Pendek!

7
SHARES

Anak yang mencapai ketinggian ideal sememangnya menjadi keinginan para ibu bapa. Pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan anak melalui proses tumbesaran yang berkualiti.

Antara usaha yang boleh dilakukan adalah kemungkinan, ibu hamil perlu berhenti seketika dari meminum kopi ketika mengandung. Hal ini kerana, sebuah kajian mendapati wanita hamil yang sering minum setengah cawan kopi pada setiap hari boleh mengurangkan ketinggian anak hampir 2.5 sentimeter, lapor Kosmo.

Baca juga: Ukir Nota Pada 11 Batang Pen, Pelajar Universiti Ditangkap Meniru Dalam ‘Exam’

MINUM KOPI SEMASA HAMIL TINGKAT RISIKO ANAK PENDEK

Gambar hiasan: TheBump.com

Satu kajian baharu mendapati bahawa tabiat meminum kopi ketika hamil meningkatkan risiko anak menjadi pendek, lapor akhbar New York Post pada Selasa.

Kajian itu diterbitkan kelmarin dalam Journal of the American Medical Association (JAMA).

Ia mencadangkan bahawa wanita yang minum setengah cawan kopi setiap hari semasa hamil boleh mengurangkan ketinggian anak hampir 2.5 sentimeter apabila masuk ke sekolah rendah.

Kajian itu dihasilkan dengan kerjasama lebih 10 pakar perubatan dan penyelidik. Mereka meninjau hampir 2,500 kanak-kanak berusia antara empat hingga lapan tahun di seluruh Amerika Syarikat.

MASIH TIDAK JELAS SEBAB MENGAPA KOPI BOLEH JADIKAN KANAK-KANAK LEBIH PENDEK…

Gambar hiasan: iStock.com

Penyelidik menggunakan sampel darah untuk menentukan tahap kafein yang tepat dan metabolite paraxanthine.

“Walaupun implikasi klinikal berkaitan pengurangan ketinggian itu tidak jelas, penemuan kami untuk ketinggian kanak-kanak adalah sama jika dibandingkan dengan ibu yang merokok semasa hamil.

“Kami secara konsisten melihat ketinggian yang lebih rendah yang dikaitkan dengan peningkatan risiko pelbagai penyakit kardiometabolik dalam kedua-dua individu hamil dan tidak hamil,” jelas kajian itu.

Walaupun sebab sebenar mengapa kopi boleh membuat kanak-kanak menjadi lebih pendek masih tidak jelas. Kajian itu menyatakan, bahawa kafein adalah perangsang yang tidak dimetabolisme oleh janin yang sebaliknya terkumpul di dalam tisu.

“Adalah penting untuk menentukan sama ada pendedahan kafein dalam rahim mempunyai implikasi pertumbuhan jangka panjang dalam anak-anak,” demikian menurut kesimpulan kajian tersebut. – Agensi

Sumber: Kosmo!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×