Famili

Ukir Nota Pada 11 Batang Pen, Pelajar Universiti Ditangkap Meniru Dalam ‘Exam’

47
SHARES

Demi mencapai keputusan cemerlang, seorang pelajar di Sepanyol telah ditangkap menipu ketika menduduki peperiksaan oleh profesornya dengan menggunakan taktik melibatkan beberapa batang pen.

Yolanda de Lucchi, seorang Profesor Undang-Undang Universiti Malaga berkata melalui satu perkongsian di laman Twitter, kes tersebut berlaku dalam satu peperiksaan yang diadakan secara bersemuka, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Baca juga: “Fakta Kes Penderaan Seksual Paling Mengerikan”- Ibu Jual Anak Usia 6 Tahun Demi Kasut & Wang Tunai!

11 BATANG PEN DIJUMPAI MEMPUNYAI UKIRAN NOTA UJIAN UNTUK MENIPU DALAM ‘EXAM’

Gambar: Pelajar itu mengukir nota pada beberapa batang pen. – processaleando/Twitter

Peperiksaan yang diadakan itu untuk subjek ‘undang-undang prosedur jenayah’.

Yolanda de Lucchi yang merampas beberapa batang pen jenama BIC daripada seorang pelajar lelaki terbabit telah menggelar kaedah penipuan itu sebagai satu ‘seni’.

Gambar hiasan: Times Higher Education (THE).

Pelajar itu didakwa memasukkan sebatang jarum ke dalam pensil mekanikalnya untuk mengukir nota ujian di atas 11 pen, demikian menurut seorang pengguna Twitter bernama Gonzo yang mengaku bahawa dia juga pernah menggunakan taktik serupa.

“Permulaan setiap topik dikenal pasti selepas tulisan BIC. Jika anda perasan, hujung setiap pen dicat hitam (dakwat pen BIC tidak penuh sampai hujung) supaya nota dapat dilihat lebih jelas,” kata Gonzo. – Agensi.

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×