Cantik

Wanita Muslimah, Bila Pakai Jubah Kena Ikut 10 Nasihat Ini. Jangan ‘Tayang’ Badan!

15
SHARES
TIPS BELI JUBAH

Zaman serba moden ini, pemakaian jubah sudah dijadikan satu ‘trend’ sehingga ada yang menjualnya tanpa mengikut syariat Islam. Sebagai wanita Muslimah, tips beli jubah dan cara pakai yang betul perlu dititikberatkan agar tidak melampaui batas.

10 tips perkongsian pengguna Facebook bernama Ahliya Malek sangat memberi manfaat kerana masih ramai lagi yang terlepas pandang perkara ini.

Baca juga: Tips Pilih Warna Tudung Ikut Warna Kulit, Jangan Salah Pakai Nanti Tak ‘Cun’!

TIPS BELI JUBAH & CARA PAKAI YANG BETUL UNTUK MUSLIMAH

TIPS BELI JUBAH

1. Pilih material kain yang tidak melekap di badan. Tebal sikit boleh?

2. Jangan ikut bentuk badan, tak boleh potong bengkung. Pastikan beli saiz yang lebih besar, jangan beli saiz yang berbeza.

3. Beli jubah atau baju yang longgar dan menarik. Ingat, kita ada belakang, dada, ini kena jaga supaya kalau jalan disekat angin, kawasan ni tak terbentuk. Aib!

4. Bila berjubah, jangan pakai legging atau seluar dalam sahaja di dalam jubah. Sebaliknya pakai seluar besar yang longgar di dalam jubah dan pakai satu lapis kain lagi dan satu lapis lagi baju t-shirt nipis. Bila berjalan atau angin tiup, seluruh badan tidak akan terbentuk.

5. Kalau pakai jubah, labuhkan sedikit tudung. Jangan tayang benda yang tidak sepatutnya.

6. Jangan beli jubah yang jarang dan ada kain nipis. Boleh nampak apa yang ada di belakang mata.

7. Jubah yang berwarna cerah, kalau berdiri nampak bentuk badan bahagian dalam, jadi kena pakai inner shirt dan inner jubah dalam jubah supaya cahaya tak tembus.

8. Jubah berlengan besar dan lebar kena pakai handsock sampai ke bahu, kalau tangan tak cukup lebar, pakai handsock paras siku.

9. Jangan lupa pakai stoking kaki.

10. Elakkan jubah atau tudung yang berkelip, hiasan berlebihan sehingga menarik perhatian bukan mahram.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Runsing Cari Warna Baju Raya? Nah, Ini 23 Idea Padanan Baju & Tudung, Memang Cun Habis!

Sumber: Facebook Ahliya Malek

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×