Didik

Pemuda Kongsi Pencapaian Lepas Dapat Sarung Jubah Hitam ‘Rare’ UiTM, Hanya 20 Individu Sahaja Terpilih! 

36
SHARES
graduan uitm

Konvokesyen merupakan majlis paling bermakna dan detik bersejarah yang ditunggu oleh para graduan untuk berkongsi momen manis. Baru-baru ini, seorang penuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah berkongsi momen dia menyarungkan jubah hitam khas yang digunakan hanya untuk graduan UiTM yang terpilih.

Perkongsiannya di akaun TikTok @matt.kamil , secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai ekoran warna jubah UiTM tersebut yang boleh dikatakan agak rare berbanding warna biru yang kebiasaannya.

Baca juga: ‘Bayi Ajaib’ Disangka Gugur! Namun, Raja Tuah Mohsin Selamat Lahir Daripada Ibu Miliki 2 Rahim

GRADUAN UiTM SARUNG JUBAH HITAM

jubah hitam

Mencipta teknologi angkasa antara yang pertama di dunia

Di dalam video tersebut, dapat dilihat raut wajah Matt Kamil yang kelihatan begitu gembira selepas dapat memakai jubah khas graduan UiTM yang berwarna hitam itu.

Menurutnya, UiTM mempunyai hampir 1 juta graduan dan hanya 20 individu setiap majlis konvokesyen akan terpilih memakai jubah khas tersebut di atas pencapaian yang luar biasa.

Rentetan itu, ramai bertanya akan pencapaian Matt Kamil sehingga dapat memakai jubah tersebut. Difahamkan, dia mengambil jurusan International Business dan telah mencipta teknologi angkasa antara yang pertama di dunia.

graduan uitm

 

graduan uitm

Baca juga: Raih 5 Anugerah, Ahmad Khidir Mendominasi SMJK Heng Ee & Dinobatkan Tokoh Pelajar Cemerlang!

Baca juga: Pelajar Sekolah Hidap Disleksia & ADHD Raih Anugerah Cemerlang, Sempat Lagi Melukis!

Menarik minat syarikat angkasa di LA untuk membangunkan teknologi itu di bulan

Sementara itu, portal Harian Metro bertarikh 4 Februari 2024 melaporkan, tiga anak tempatan melakar sejarah apabila teknologi ciptaan mereka iaitu Wireless Power Technology for Space Applications (stesen pengecasan tanpa wayar untuk kegunaan di angkasa) dipertandingkan pada Startup World Cup 2023 di Silicon Valley, San Francisco, Amerika Syarikat (AS).

Lebih membanggakan apabila teknologi ciptaan Muhammad Mohd Kamil, 29, Muhammad Razlan Dhamir Hamdan, 29, dan Lee Guo Rui, 25, itu adalah yang pertama di negara ini dan dunia.

Malah, satu lagi pencapaian buat mereka apabila berjaya menarik minat syarikat angkasa di Los Angeles iaitu Astrolab untuk bekerjasama membangunkan teknologi itu di bulan.

@matt.kamil

Replying to @StormieRose

♬ AURA – Ogryzek

Baca juga: Senarai 10 Orang Terkaya Di Dunia, ASET Mereka Memang Mencecah Berbilion, HEBAT!

Sumber: TikTok @matt.kamil / Harian Metro

FT Image: TikTok @matt.kamil

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×