40 Minggu

‘Bayi Ajaib’ Disangka Gugur! Namun, Raja Tuah Mohsin Selamat Lahir Daripada Ibu Miliki 2 Rahim

13
SHARES
bayi ajaib

Wanita ini dikatakan bakal mengalami keguguran setelah diagnosis doktor mengatakan dia mempunyai dua rahim dan berisiko untuk bayi bertahan hidup sehingga 9 bulan. Namun, dengan kekuasaan Allah SWT, maka terlahirlah ‘bayi ajaib’ bernama Raja Tuah Mohsin ke dunia dengan selamat.

Perjalanan pasangan ini untuk melahirkan zuriat yang disangkakan ‘hilang’ pada mulanya, sungguh mencabar. Mari ikuti kisah penuh inspirasi yang dikongsikan sendiri sang suami di akaun X – @RMMursyid .

Baca juga: Ibu Baru Bersalin Terkejut Disuruh Mandi Wiladah Jam 4 Pagi, Mufti Jelaskan Bila Waktu Mandi Wajib

BAYI AJAIB SELAMAT LAHIR DARI IBU YANG MEMPUNYAI 2 RAHIM

bayi ajaib

Gambar: X – @RMMursyid

Aku jarang sekali cerita hal aku dan family. Tapi hari ini tak tahu kenapa tapi aku nak sangat berkongsi.

Seperti yang segelintir rakan X tahu, aku dah jadi abah kepada seorang anak lelaki berumur 2 bulan. Aku nama kan dia Tuah, sebab bagi aku terciptanya dia dengan sangat ajaib bagi kami.

Isteri ada masalah tulang belakang bengkok dan mungkin susah untuk hamil

Cerita bermula masa aku bertunang dengan isteri, dia selalu mengadu sakit belakang. Jadi, kami pergi buat pemeriksaan.

Dan ya betul dia ada sakit tulang belakang bengkok. Kami disarankan buat rawatan dengan Chiropractic, kalau tak nak ada masalah untuk mengandung nanti.

Isteri masa itu memang kecewa sangat. Dia seorang wanita normal, nak kan anak bila berkahwin.

Aku? Secara jujurnya okey je. Tapi aku nak yang terbaik, jadi kita cuba buat rawatan. Satu sesi RM140, waktu itu isteri seorang pelajar dan aku pula baru berniaga.

Kami mampu pergi beberapa sesi, tak silap dalam 7-8 sesi sahaja. Kemudian kami pilih utk berhenti sebab tak mampu.

Aku redha dan berserah sahaja sambil isteri buat senaman sendiri. Tak apa, ditakdirkan tak ada anak pun tak apa.

Sepanjang perkahwinan, isteri selalu sedih sebab dia fikirkan tentang tulang belakangnya. Asyik tanya, “boleh ke, mampu ke, itu ini.”

2 tahun kemudian hamil, tapi bila ‘scan’ bayi tak ada mungkin di luar rahim

Lepas 2 tahun lebih, tiba-tiba melekat! Dia periksa guna pen itu. Harapan untuk kami mula mekar. Tapi baru sahaja nak mekar, tiba-tiba layu balik.

Dah lebih 6-7 minggu dari tarikh periksa. Tapi bila buat imbasan, bayi tak ada. Pergi swasta, pergi kerajaan. Ambil darah sana sini. Tapi imbasan tak nampak apa-apa. Kosong.

Doktor beritahu, mungkin luar rahim, tapi minta tunggu lagi 1-2 minggu. Kalau ada pendarahan, terus ke kecemasan.

Sampailah minggu ke 8, isteri dah tak tahan. Dalam takut, musykil dan pelik pergi semula swasta, mereka buat imbasan dari bawah. Masih sama, tak ada katanya. Diminta pulang rumah.

Tiba-tiba jam 12 malam itu, doktor hubungi isteri aku tapi kami tak angkat sebab dah tidur. Doktor minta datang seawal yang boleh esoknya sebab ‘urgent’.

Rupa-rupanya isteri ada 2 rahim! Kemungkinan masuk bulan ke-4 janin akan gugur

bayi ajaib

Gambar: X – @RMMursyid

Sampai di klinik, doktor terangkan. Rupanya isteri ada 2 rahim. Selama ini pemeriksaan tak nampak sebab dekat rahim sebelah. Rupanya anak aku ada dekat rahim lagi sebelah.

Kami terus dirujuk ke kecemasan HKL, katanya ini kes jarang berlaku. Jadi kena dirujuk cepat.

Lama sangat dekat HKL sebabnya semua nak tengok isteri aku. Jarang dapat belajar kata mereka. Alhamdulillah, ada janin cuma di rahim yang lain. Lega, bukan luar rahim. Mekar kembali bunga harapan kami.

Selepas 2 bulan, kami pergi buat pemeriksaan kandungan dengan rasa gembira sebab nak tahu kali ini periksa tentang apa.

Tiba-tiba doktor kata, “kita akan pantau isteri awak, selalu kes macam ini janin tak dapat bertahan. Selalu 4 bulan akan ada masalah dan gugur.” Ya, sekali lagi bunga harapan kami layu! Ibaratkan ‘roller coaster’ emosi dan perasan kami.

Allah Maha Hebat! Sampailah bulan ke-5, alhamdulillah bayi dalam kandungan okey. Tak ada tunjuk gejala lemah.

Bulan ke-5 kandungan okey, tapi kena dilahirkan awal pada 28 minggu!

Doktor, “Okey, dah lepas 4 bulan. Kita akan keluarkan bayi awak ini pada 28 minggu ya.” Dua puluh lapan minggu itu kecil ya…

Kenapa lah banyak sangat benda-benda macam ini. Emosi isteri masa hamil, tak tenang langsung.

Dengan kata rahim bila-bila sahaja boleh pecah sebab rahimnya kecil. Dengan 28 minggu nak keluarkan. Nanti akan banyak jadi dekat bayi sebab keluar awal. Pening and tertekan sangat!

Akhirnya, bayi bertuah Raja Tuah Mohsin dilahirkan dengan normal selama 9 bulan

Lagi sekali, Allah SWT menunjukkan kuasa-Nya. 29 minggu dah berlalu. Bayi sangat-sangat sihat. Jadi, doktor pun buat keputusan untuk teruskan sampai 38 minggu.

Tapi, tiap minggu kena buat pemeriksaan. Seminggu sampai 2 kali. Jururawat pun sampai kenal, dan cakap, “bertuah bayi ini.”

Tak nampak, tapi dia ada dekat sebelah. Di sangka gugur, tapi dia bertahan. Ingin dikeluarkan awal, dia melawan. Sangat bertuah!

Agak mencabar apa yang abah dan bonda lalui selama 9 bulan ini. Terima kasih kerana terus kuat Cerita ini untuk dibaca nanti oleh anakku nanti, Raja Tuah Mohsin.

Baca juga: [VIDEO] Wanita Terberanak Masa Beratur Di Stadium Bukit Jalil, Ramai Jadi Saksi Kelahiran ‘Si Comel’!

Sumber: X – @RMMursyid

FT Image: X – @RMMursyid / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×