Kebiasaannya, alahan terjadi kepada ibu yang hamil. Namun, ia juga boleh ‘berjangkit’ kepada suami dan mengalami pelbagai jenis alahan mengandung. Kalau nak tahu, suami terkena alahan sewaktu isteri mengandung bukanlah situasi yang pelik.
Itulah yang terjadi kepada seorang suami ini yang berkongsikan pengalamannya yang sedang terkena ‘pembawaan’ isteri hamil, menerusi akaunTiktok @shah_nazri .
Baca juga: Ibu Berpantang Boleh Cuba 14 Jenis Minuman Ini, Jangan Terkejut Susu Badan Melimpah-Ruah!
JENIS ALAHAN MENGANDUNG SUAMI
Menerusi pelbagai perkongsian videonya itu, dapat dilihat Shah Nazri sering pergi ke pohon limau di hadapan rumahnya untuk menghidu kesegaran daun limau bagi meredakan alahan yang sedang dialami.
Sampaikan pada satu tahap, Shah akan membawa kerusi khas untuk dia duduk berdekatan pokok tersebut sambil menikmati ‘nikmat’ itu dengan memakai kain pelikat.
Bukan itu sahaja, dia juga menampal plaster koyok di kepalanya sewaktu bekerja bagi melegakan rasa loya.
Baca juga: Kecoh Satu Hospital Lahirnya Bayi 4.8kg & Pecah Rekod, Ya Allah Gebunya Dia!
@shah_nazri_87 Yang mengandung orang lain, yang alah orang lain #mengandung #kawanbudakpekan #fyp
Meninjau pada ruangan komen, dapat dilihat ramai dalam kalangan warga maya yang terhibur sambil berasa simpati.
Malah, tidak kurang juga ramai dalam kalangan suami yang juga merasai pelbagai jenis alahan mengandung.
“Mual okey lagi, masa mengandung anak no.3 bukan sahaja mual, alergi bau masakan dan alergi nasi putih. Boleh makan mi dan roti sahaja, sampai kandungan cecah 7 bulan.
“Suami saya, nak bersalin pun dia rasa. Dia kata sakit pinggang macam nak tercabut. Dia tanya tak rasa nak bersalin lagi ke? Saya dah pelik. Dia siap nak hantar pergi hospital suruh bersalin sebab tak tahan sangat hahaha.
“Arwah suami dulu masa saya hamil sulung, dia yang demam muntah-muntah. Tengah-tengah malam nak epal hijau dan asam.
“Suami saya pun kena alahan teruk macam nak meninggal dah aku tengok. Aku yang hamil dia yang over sakitnya hahaha,” kongsi warga maya dengan pelbagai cerita suami alahan hamil.
Baca juga: Ibu~ Buat 5 Gaya Tangan Ini Bila Dukung Anak, Baru Tak Sakit Pergelangan!
@shah_nazri_87 Kerja dengan alahan bukan senang #alahanpanjang #nikmatallah #mengandung #kawanbudokpekan #fyp
@shah_nazri_87 Replying to @delyla93 penaman buat menghilang alahan #nikmatallah #alahanpanjang #mengandung #kawanbudokpekan #fyp
Baca juga: Letak Bantal Bawah Punggung Semasa ‘Bersama’ Khabarnya Bantu Hamil Cepat, Mitos Ke Fakta?
Sumber: Tiktok @shah_nazri
FT Image: Shah Nazri