Euforia Bola 2026
40 Minggu

Ibu Mengandung Alami Alahan Teruk, Hilang Selera Makan & Minum Hingga Meragut Nyawa…

ALAHAN MENGANDUNG

Perkongsian seorang pengguna TikTok menerusi akaun Queen of Amal mencuri perhatian ramai apabila memuat naik kisah pemergian seorang wanita yang disifatkan sebagai syahid pada hari Jumaat yang mulia. Menerusi perkongsian tersebut, arwah dikatakan meninggal dunia akibat alahan mengandung yang terlalu teruk sehingga menyebabkan dia hilang selera makan dan minum.

Baca juga: Wanita Mohon Doa Selepas 10 Tahun TTC, Komen Tokti Beri Petua & Nasihat Undang Sebak Warganet

WANITA MENINGGAL DUNIA AKIBAT ALAHAN MENGANDUNG

ALAHAN MENGANDUNG

Keadaan itu difahamkan memberi kesan besar kepada kesihatan sehingga akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

Dalam perkongsian sama, wanita berkenaan turut digambarkan sebagai seorang ibu yang mulia di sisi Allah, dengan doa agar Allah mengurniakan syurga tertinggi buatnya.

“Wanita Syahid in sha Allah di hari jumaat yang mulia, perginya kerana alahan mengandung yang terlalu teruk sehingga hilang segala selera makan dan minum. Mulianya wanita ini disisi Allah. Semoga syurga tertinggi buatnya. Amin,” jelasnya.

Perkongsian itu kemudian mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa sebak dan simpati terhadap arwah serta keluarganya.

“Allah angkat darjat arwah. Alahan mengandung ini real ya. Yang lalui je tahu macam mana. Paling trauma bila mengandung, alahan tu lah. Dua orang anak, dua orang alahan sampai lembik, macam kain buruk.

“Kepada yang cakap alahan mengandung itu mengada-ngada, kamu lihatlah betapa mulianya pengorbanan seorang ibu,” komen pengguna media sosial.

ALAHAN MENGANDUNG

Sekadar gambar hiasan (ai)

Rata-rata warganet menegaskan bahawa pengalaman alahan mengandung bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan, sebaliknya merupakan ujian berat yang hanya difahami oleh mereka yang pernah melaluinya.

Dalam masa sama, ramai juga menyeru agar masyarakat lebih menghargai pengorbanan seorang wanita, khususnya ibu yang melalui fasa kehamilan dengan pelbagai cabaran demi melahirkan zuriat.

Kisah ini sekali lagi membuka mata ramai tentang betapa besarnya pengorbanan seorang ibu, serta menjadi peringatan agar tidak memandang remeh setiap ujian yang dilalui oleh wanita ketika mengandung.

@queenofamal

Wanita Syahid in sha Allah di hari jumaat yang mulia,perginya kerana alahan mengandung yg terlalu teruk sehingga hilang segala selera makan dan minum,mulianya wanita ini disisi Allah..semoga syurga tertinggi buatnya amin #amalcaresimpangrenggam

♬ Untuk Mu Ibu – Album Version – Exist

Baca juga: Bayi Berat Hampir 5Kg Selamat Dilahirkan, Petugas Hospital Berlari Nak Lihat Kecomelan Si Kecil!

Sumber: TikTok Queen of Amal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×