40 Minggu

Kecoh Satu Hospital Lahirnya Bayi 4.8kg & Pecah Rekod, Ya Allah Gebunya Dia!

83
SHARES
melahirkan bayi

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi berita gembira dengan menzahirkan rasa syukur kerana selamat melahirkan bayi seberat 4.8 kilogram (kg) melalui kaedah caesarean (czer).

Perkhabarannya itu, menerusi laman sosial Tiktok @sueracun99 , telah mendapat perhatian yang meluas dari warga maya dan pengamal media Malaysia dengan 3.4 juta tontonan.

Baca juga: Bimbang Tengok Tulisan Anak ‘Buruk’ & Masih Terkial-Kial Pegang Pensel, OT Dedah Ini Puncanya!

MELAHIRKAN BAYI 4.8KG

melahirkan bayi

Gambar: Tiktok @sueracun99

Ia mengundang perbualan ramai, ekoran mereka menyifatkan fizikal bayi berkenaan seolah-olah sudah menginjak usia berada di taman asuhan kanak-kanak (taska).

Malah, bayi yang dilahirkan itu mempunyai rambut hitam berkilat lebat dan kulitnya putih kemerah-merahan yang menjadi kegeraman orang ramai.

Wan Nur Jahidah Wan Muim, 26, berkata, anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu antara bayi yang paling besar dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.

“Sewaktu kelahiran bayi, ruangan bersalin dan wad menjadi kecoh kerana anak saya ini seberat 4.8kg dan doktor kata ini antara bayi paling besar yang dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun ini.

“Sebelum saya bersalin, pakar menasihati saya untuk melahirkan secara czer kerana ketika bersalin anak ketiga pernah ada sejarah bahu bayi tersangkut dan ketika itu anak saya seberat 3.8kg,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Jelas ibu kepada empat orang anak itu, dia pada mulanya mahu bersalin secara normal, namun akur untuk bersalin secara kaedah czer demi keselamatan bayi dan ibu.

Baca juga: Cubaan Anak 3 Tahun Bodek Abahnya Untuk Belikan Beg, Hati ‘Netizen’ Ikut Cair Sama!

Rahsia berat bayi hampir mencecah 5kg

melahirkan bayi

Gambar: Tiktok @sueracun99

Ketika ditanya mengenai ‘rahsia’ berat bayi seberat 4.8kg, Jahidah menjelaskan dia tidak mengamalkan sebarang pemakanan sebaliknya keinginan minum minuman koko setiap malam.

“Anak keempat ini merupakan kandungan paling mencabar kerana berdepan dengan alahan teruk dan keinginan minum Milo ais setiap malam tanpa gagal sehingga bersalin.

“Saya tidak pasti sama ada minum minuman itu yang menyebabkan anak menjadi sihat sehingga berat hampir mencecah 5kg,” ujarnya.

Baca juga: Adik Menangis Tak Pandai Baca Jangan Sedih, Besar Nanti Bijak Macam Akak Ini!

Reaksi warga maya yang penuh keterujaan

“Okey hari ke-2 dah boleh terus daftar taska dik.

“Eh comelnyaaa, dah boleh main lari-lari ni.

“Ya Allah, dik!!! Gebunya sayang. Anak makcik paling besar pun 3.7kg, awak dekat 5kg dah. Semoga membesar dengan sihat ya sayang.

“Esok dah kena mula belajar ABC, bulan depan nak masuk tadika.

“Mak saya beranakkan adik saya 4.5kg normal delivery weh. Umur mak dah 40 terus doktor suruh ikat terus huhu.

“Dik blusher code apa?” antara komen warga maya yang penuh usikan dan turut sama berasa teruja.

Baca juga: Jangan Mandi Air Suam, Antara 3 Kesilapan Ibu Bapa Sering Buat Bila Anak Demam!

Sumber: Tiktok @sueracun99 / Sinar Harian

FT Image: Tiktok @sueracun99

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×