Menulis menggunakan tangan, sebenarnya sangat membantu kanak-kanak menguatkan aspek skil motor mereka. Tulisan anak yang cantik sudah semestinya menjadi enak mata apabila membacanya.
Namun, timbul juga kerisauan dalam kalangan ibu bapa apabila melihat tulisan anaknya yang kurang kemas seperti cakar ayam. Melalui perkongsian seorang Terapi Cara Kerja (OT) bertauliah, Maryam Jamadi, terdapat 8 perkara perlu diperiksa oleh ibu bapa apabila terjadinya tulisan kurang cantik dan kemas ini dari anak.
Baca juga: Adik Menangis Tak Pandai Baca Jangan Sedih, Besar Nanti Bijak Macam Akak Ini!
TULISAN ANAK KURANG CANTIK & KEMAS
1. Perkembangan motor kasar
Kalau perkembangan motor kasar lewat dan tak develop cantik, memang motor halus confirm tak cantik.
2. Perkembangan motor halus
Makan pakai sudu pun tumpah, butang baju pun tak pandai, memang confirm tulisan pun tak kemas.
3. Berapa lama boleh duduk di kerusi (sitting tolerance)
Kiraannya 1 tahun 3 minit, anak umur 5 tahun sepatutnya minimum boleh duduk fokus 15 minit. Kalau kurang dari ini, maksudnya anak ada masalah fokus. Bila menulis pun asal boleh asal siap.
4. Anak terlampau suka melukis
Ini pun jadi faktor, dia rasa buang masa menulis. Setakat menyalin. Lagi seronok melukis, boleh berimaginasi tiada peraturan itu ini.
Baca juga: Jangan Mandi Air Suam, Antara 3 Kesilapan Ibu Bapa Sering Buat Bila Anak Demam!
5. Pegangan pensil tak okey
Pegangan pensil pun masih palmar grasp; mempengaruhi kekemasan penulisan.
6. Belum bersedia
Ada anak yang lambat timbul rasa minat nak develop skil menulis, jadi dia tak mahu menulis lama. Develop minat dulu, baru mula belajar.
7. Ada masalah visual
Perlu periksa mata kalau perasan anak ada tanda-tanda rabun. Umur 6 tahun dah boleh bawa jumpa optometris untuk regular checkup mata.
8. Otak lagi laju dari tangan
Otak dah fikir kedepan, tangan lambat bergerak. Jadilah tulisan cakar ayam. Ini kebanyakan anak yang jenis aktif akan ada masalah ini atau anak ADHD.
High processing brain.
Baca juga: 4 Kartun Ini Sangat Bagus Untuk Anak ‘Speech Delay’, Ramai Mama Papa Setuju!
CARA MENGELAKKAN TULISAN JADI TAK CANTIK
Nak elakkan tulisan anak tak cantik:
- Jangan beri anak guna walker.
- Fasa merangkak selama 6 bulan.
- Develop motor kasar.
- Pergi bawa anak ke taman, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
- Bergayut, memanjat, main buaian.
- Beri anak main conteng-conteng seawal umur 1 tahun.
Baca juga: Ibu Ini Tak Putus Asa Anaknya Tak Minat Akademik, Hantar Kemahiran Berjaya Dapat Kerja!
Sumber: Maryam Jamadi
FT Image: Hello Doktor