Asuh

Pelajar Sekolah Hidap Disleksia & ADHD Raih Anugerah Cemerlang, Sempat Lagi Melukis!

32
SHARES
pelajar cemerlang

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang pelajar cemerlang penghidap Disleksia dan ADHD, berjaya meraih anugerah akademik di sekolahnya.

Pelajar yang bernama Marissa itu mendapat Anugerah Kecemerlangan Akademik di sekolahnya. Pencapaian hebat tersebut sudah pasti mengagumkan ramai orang, selain menimbulkan rasa bangga di dalam diri ibu bapanya.

Baca juga: Tips Simpan ‘Car Seat CRS’ Anak Berbulan Dalam Stor, Elok Je Tak Ada Kulat!

PELAJAR CEMERLANG

pelajar cemerlang

Gambar: Tiktok @jarimasrissa

Menerusi video berdurasi 52 saat itu, dapat dilihat Marissa sedang khusyuk melukis pada tabletnya sambil duduk menunggu di dalam sebuah dewan.

“Alhamdulillah! Tahniah buat si Jari Marissa…label “Dyslexia & ADHD” bukan halangan. Terima kasih buat semua yang mendoakan Marissa.

“Sebelum naik pentas dia sempat lagi mencalit. Hari ini, Marissa dapat Anugerah Kecemerlangan Akademik.

“Disleksia atau tak, selagi ada daya usaha, kemahuan, Insha Allah akan ada kejayaan. Jauh lagi perjalanan Marissa. Semoga terus melakar kejayaan, buktikan Disleksia bukan kelemahan,” ayat yang ditulis di dalam video akaun Tiktok @jarimasrissa.

pelajar cemerlang

Gambar: Tiktok @jarimasrissa

Baca juga: Belum Setahun, Bayi Sudah Mampu Sambung Bacaan Surah Lazim Alunan Ibunya!

Baca juga: TERAPI BERKUDA Beri 7 Impak Positif Pada Kanak-Kanak Istimewa!

Disleksia & ADHD

Menurut Hello Doktor, Disleksia adalah gangguan pembelajaran yang memberi kesan terhadap keupayaan untuk membaca, mengeja, menulis dan bercakap. Bagi mereka yang mengalaminya, otak memproses bahan bertulis secara berbeza sehingga menyebabkan kesukaran dalam pembelajaran.

Menurut sumber lagi, ADHD merupakan singkatan bagi Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Ia merupakan satu keadaan perubatan yang sering terjadi dalam kalangan kanak-kanak.

Di mana mereka mempunyai perbezaan dalam perkembangan dan aktiviti otak berbanding kanak-kanak lain. Mereka sering mempunyai masalah dalam memberikan tumpuan, duduk diam, dan kawalan diri.

Lihat video di sini

@jarimarissa Alhamdulillah..Marissa percaya anugerah ni adalah doa² dari orang baik² yang sentiasa doakan kejayaan marissa..terima kasih semua..insyaAllah Marissa akan terus berusaha lagi..❤️ #budakdislexia# #anugerahakademik# #kekuranganbukanhalangan# #digitalartist# #animeart# #budakcalit# #inspired# #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Legends Are Made – Sam Tinnesz

Baca juga: Adik-Adik Nak Beli Komputer Riba Tapi Tak Pandai Pilih, 5 Tips Ini Boleh Bantu!

Sumber: Tiktok @jarimasrissa

FT Image: Tiktok @jarimasrissa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×