Didik

Ibu Luah Rasa Kecewa Anaknya Autism ADHD Dilayan Kasar Ketika Beraya Sampai Kena Halau

94
SHARES
kanak-kanak autism ADHD

Masih ada sebilangan kecil masyarakat di luar sana, yang kurang memahami akan keadaan dan tingkah laku kanak-kanak  Autism ADHD. Kanak-kanak ini sebenarnya memerlukan sikap toleransi dan sokongan dari masyarakat, bukannya kemarahan atau tohmahan akan keadaan mereka yang sukar dijangkakan kelakuannya.

Sebagaimana kisah baru-baru ini, seorang ibu bernama Nabila telah berkongsi pengalamannya menerusi platform Tiktok mengenai anak lelakinya yang diagnosis dengan Autism ADHD telah dilayan secara kasar semasa pulang beraya di kampungnya.

Baca juga: Balik Kampung & Sewa Homestay Bukan Nak Larikan Diri, Tapi Aurat Kena Jaga!

KANAK-KANAK AUTISM ADHD

kanak-kanak autism ADHD

“Seminggu dah kena marah, jerit, kena perli, kena halau, kena jeling…ok jomlah balik ke sarang,” tulis Nabila di dalam salah satu videonya itu.

Sementara di ruangan kapsyen pula berbunyi seakan kecewa,

“Anak syurga ibu…bersabarlah kita okay..anak ibu berhak beraya macam orang,” tulisnya.

Menurut Nabila, mereka sekeluarga memang jarang pulang ke kampung. Tetapi, anaknya sangat suka suasana kampung dan bebas untuk bermain.

“Anak saya memang dari 2 tahun dah diagnosis autism ADHD. Anak saya baik je, cuma dia tak diam. Anak saya orang yang gembira, mengamuk tidak menyusahkan pun tidak. Dia tak diam sesaat buat orang penat tengok dan rimas,” ujarnya di ruangan komen.

Komen Nabila lagi,

“Orang susah untuk faham dan berlapang dada. Kadang-kadang suka tanya soalan bodoh yang nak jawab pun tak reti lah kita nak jawab,” ujarnya.

Baca juga: Ingat! Ini Antara Sebab Allah SWT Hantar Insan-Insan Yang Menyakitkan Hati Dalam Hidup

Baca juga: Arwah Mak Ajar Kena Raikan Keluarga, Harta Benda Dah Beli Jangan Simpan Buat Tetamu Je!

Sebenarnya, penting untuk masyarakat memberikan pemahaman dan sokongan yang tinggi kepada kanak-kanak yang menghidap Autism ADHD.

Jika difikirkan, ibu bapa yang memiliki anak syurga ini juga berada dalam situasi ‘ditelan mati emak, diluah mati bapa’, terutama apabila anak mereka berkelakuan sedikit berbeza berbanding kanak-kanak lain sewaktu berada di khalayak ramai.

Ingatlah, anak-anak syurga ini juga berhak menikmati kehidupan seperti kanak-kanak lain. Mereka tidak minta dilahirkan dalam keadaan sedemikian. Raikan dan jangan pinggirkan mereka kerana kanak-kanak ini juga ingin mengecapi kebahagiaan, sokongan dan penerimaan besar dari masyakarat sekeliling.

Baca juga: Lelaki Ini Pernah Ambil Pil Hormon Seawal Usia 13 Tahun, Berhenti Bila Payudara Membesar!

Sumber: Tiktok @bellburn

FT Image: Nabila Ashburn

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×