Sihat

Cabaran Pesakit Mental Di Musim Raya, No.5 Itu Kejap-Kejap Nak Cuci, Tak Boleh Nampak Kotor!

15
SHARES
cabaran pesakit mental

Cabaran pesakit mental apabila tibanya musim raya memang tidak dapat dinafikan. Lebih-lebih lagi, apabila rumah akan sentiasa dikunjungi tetamu. Tanpa sedar, situasi ini agak sukar untuk mereka walaupun ingin sama menikmati keseronokan itu seperti insan lain.

Melalui perkongsian dari Doktor Rozanizam Zakaria, terdapat beberapa sebab kenapa Hari Raya jadi sangat mencabar bagi pesakit mental. Justeru itu, mari ikuti penulisan ini di bawah.

Baca juga: Ada 6 Jenis Kemurungan Anda Perlu Tahu, Bukan Hanya Bipolar Disorder Sahaja

CABARAN PESAKIT MENTAL BILA TIBA MUSIM RAYA

cabaran pesakit mental

RAYA DAN PENYAKIT MENTAL

Raya ini seronok. Balik kampung, jumpa mak ayah, adik-beradik, saudara-mara. Kalau keluarga besar lagi meriah. Bila berkumpul tak cukup tempat nak duduk, tak habis topik menyembang, tak rasa penat walau dah berpuluh rumah dikunjung.

Tanpa kita sedar, keseronokan yang kita rasa itu sebenarnya nikmat yang sangat besar, yang dipinjamkan kepada kita. Bagi sesetengah pesakit yang diuji dengan penyakit mental, nikmat ini seakan telah ditarik dari mereka.

Kenapa raya boleh jadi sangat mencabar bagi pesakit mental?

CABARAN PESAKIT MENTAL MUSIM HARI RAYA

cabaran pesakit mental

1. DEPRESSION

Gejala seperti anhedonia buat mereka hilang rasa seronok, rasa penat, fikiran putus asa, hidup tak berguna akan buat rasa nak jauhkan diri dari orang.

2. PANIC DISORDER

Suasana ramai orang boleh trigger panic attacks.

3. SOCIAL ANXIETY DISORDER

Berada sekeliling orang akan buat rasa takut dan cemas, rasa orang pandang atau fikir pasal mereka, rasa nak jauhkan diri dari orang.

4. AGORAPHOBIA

Bila tempat orang ramai, padat, tertutup rasa lemas, rasa tak boleh lari, terperangkap.

5. OCD

Kalau obsessionnya cleanliness, kehadiran orang ramai akan trigger ocd, rasa kotor, rasa nak basuh, takut dapat penyakit dan sebagainya.

6. AUTISM SPECTRUM DISORDER

Rasa kekok bila duduk dalam high social demand environment, ramai orang akan trigger sensory problem sebab bising dan kelam kabut raya akan kacau rutin yang mereka biasa.

KESIMPULAN

Dan pelbagai lagi bentuk cabaran yang datang secara spesifik pada individu yang terkesan. Sebahagian besar dari mereka terus mencuba untuk melawan kesukaran yang dialami, berkorban agar orang lain terus dapat menikmati raya.

Sebab itu penting untuk belajar memahami, berempati dan yang paling penting mensyukuri nikmat yang kita masih miliki ini.

Sumber: Facebook Dr Rozanizam Zakaria

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×