Asuh

Adik-Adik Nak Beli Komputer Riba Tapi Tak Pandai Pilih, 5 Tips Ini Boleh Bantu!

42
SHARES
komputer riba

Kini, komputer riba (laptop) merupakan keperluan penting sebagai seorang pelajar atau mahasiswa bagi menyelesaikan sesuatu tugasan. Misalnya, sejak wabak Covid-19 muncul, sistem pembelajaran di rumah telah dilaksanakan dan memerlukan pelajar menggunakan komputer riba.

Bagi yang masih belum mempunyai laptop, adik-adik tidak perlu bimbang kerana terdapat begitu banyak gajet sedemikian di pasaran. Namun, anda harus bijak memilih yang bersesuaian dengan penggunaan dan bajet masing-masing.

Baca juga: Digelar Lelaki Melayu Terkaya Malaysia, Kenali Sisi Jutawan ‘Low Profile’ Ini!

KOMPUTER RIBA

komputer riba

Gambar: jcomp

1. Tentukan bajet

Ada orang gemar ‘alah membeli, menang memakai’ dan ada juga yang memilih ‘ukur baju di badan sendiri’. Tiada masalah untuk kedua-duanya, kerana anda masih boleh membeli komputer riba mengikut bajet yang ditetapkan.

Bagaimanapun perlu diketahui, semakin rendah bajet semakin terhad pemilihan komputer riba. Terdapat komputer riba dengan spesifikasi dan ciri berbeza bermula harga serendah RM1,000 dan ke atas.

2. Pilih Sistem Pengoperasian Komputer (OS)

Pemilihan OS adalah penting dalam mendapatkan komputer riba. Cari OS mengikut kegunaan semasa.

3. Unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan Ingatan Capaian Rawak (RAM)

Kecekapan komputer riba terletak pada CPU sama ada Intel atau AMD dan lain-lain. Jika anda menggunakan komputer riba terutamanya untuk tugasan universiti atau tugasan asas, Intel Core i3 atau AMD Ryzen 3 sudah memadai.

Kebanyakan komputer riba kini tersedia 4GB RAM yang memadai untuk tugasan harian seperti Microsoft, melayari laman web dan menonton filem. Anda boleh cari RAM yang lebih tinggi dari itu jika mempunyai bajet lebih.

Baca juga: Maksud 13 Simbol Lampu Amaran Kereta, Bila Menyala Kena Waspada!

4. Tentukan saiz storan diperlukan

Dokumen, pembentangan, foto, filem, muzik dan lain-lain lagi adalah perkara yang diperlukan sebagai pelajar atau mahasiswa. Jadi, semakin tinggi saiz storan semakin banyak maklumat dan fail yang boleh disimpan.

5. Ketahanan bateri

Bateri pada komputer riba sama pentingnya dengan CPU dan RAM. Bateri berkapasiti besar boleh bertahan berjam-jam.

Bagi mengetahui kapasiti bateri komputer riba, anda disaran melihat rating yang biasanya ditandakan bateri tiga sel, enam sel atau sembilan sel.

Baca juga: Tips Dapat ‘Extra’ Ruang Memori iPhone Lepas Langgan iCloud, Buat 3 Cara Je!

Sumber: Sinar Bestari

FT Image: hellotech

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×