Didik

Tips Dapat ‘Extra’ Ruang Memori iPhone Lepas Langgan iCloud, Buat 3 Cara Je!

5
SHARES
pengguna iphone

Memori penuh adalah masalah utama yang sering terjadi kepada pengguna telefon pintar. Bagi pengguna iPhone pula, sekiranya ia terjadi mereka boleh melanggan iCloud untuk memindahkan atau menyalin gambar dan video dari peranti tersebut.

Namun, apabila data sudah dipindahkan ke iCloud kemungkinan memori iPhone masih lagi penuh. Jadi, kalau nak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan ruang memori tambahan di dalam iPhone setelah melanggan iCloud, ikuti tips dikongsikan Mat Erol Hairulnizam di bawah.

Baca juga: Aplikasi ‘Pandai’ Bantu Anak Ulang Kaji Pelajaran: Kuiz Pelbagai Subjek, Tuisyen & Ujian Penggal!

PENGGUNA iPHONE

pengguna iphone

Gambar: Mat Erol Hairulnizam

Secara ringkasnya, ini konsep nak langgan iCloud dan cara nak dapat extra memory space dalam iPhone selepas kita langgan iCloud.

Baca juga: Lakukan 8 Tips Ini Bila Beli KERETA TERPAKAI, Jangan Percaya ‘Owner & Salesman’ 100%!

1. Beli iCloud dengan kapasiti yang lebih besar dari kapasiti semasa saiz photo

Contoh:

  1. Jika kapasiti photo sekarang 80GB, kena beli iCloud 200GB kerana iCloud 5GB yang free atau langganan terendah 50GB tak muat nak upload semua photo dari phone.
  2. Jika kapasiti photo 230GB, kena beli iCloud 2TB. Nak beli 200GB juga boleh tapi kena buat delete delete dulu photo dan video yang tak perlu hingga kapasiti Photos menjadi bawah paras 200GB.

2. Start buat iCloud Photo Sync dengan menggunakan wifi

Proses ini akan mengambil masa beberapa hari hingga semua photo dalam phone selesai di upload copy ke iCloud.

Contoh:

  • Jika dalam phone ada 19,600 keping photo, di dalam iCloud pun nanti akan ada 19,600 keping photo juga

Baca juga: Panduan ‘Explore’ Canva Untuk Amatur, Cikgu Boleh Guna Buat BBM Anak Murid!

3. Aktifkan “Optimize iPhone Storage”

pengguna iphone

Gambar: Mat Erol Hairulnizam

Dengan memilih option ini, semua gambar dan video dalam phone akan dicompress selepas selesai upload sync ke iCloud. Di mana, saiz photo dalam phone akan menjadi saiz kecil dan saiz besar yang asal disimpan di iCloud.

Contohnya:

  • Semua photo dalam iCloud ada 83GB dan photo yang sama dalam storage iPhone dah berkurang kapasitinya dari 83GB menjadi 14GB sahaja.

Jadi, memory space dalam iPhone dah semakin bertambah dari 2GB free space menjadi 70GB free space yang mungkin membuatkan kita tak jadi nak tukar iPhone sedia ada yang berkapasiti 128GB kepada 256GB atau 256GB kepada 512GB.

Baca juga: Wanita Kongsi Cara Suami ‘Trace’ Telefon Pintar Yang Hilang Guna Akaun Google, Kagum!

Dan langganan iCloud Ini boleh kongsi dengan ahli keluarga, masing-masing boleh upload photo dan backup ke akaun iCloud yang sama dan buat Optimize Storage tanpa boleh melihat orang lain punya gambar.

Dan setiap kali ada wifi, iCloud sync ini akan dibuat secara automatik di mana photo photo terbaru akan dicopy ke iCloud.

Baca juga: 6 Tanda Untuk Bezakan Iklan Palsu Di Facebook, Selamat Dari Kena ‘Scam’!

Sumber: Mat Erol Hairulnizam 

FT Image: Mat Erol Hairulnizam / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×