Didik

Cara Pantau Orang Guna Aplikasi MAPS, Andai Ahli Keluarga Hilang Boleh Bantu Kesan Lokasi!

69
SHARES
orang hilang

Kes orang hilang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Ia memang tidak dapat diduga, namun boleh dicegah dengan beberapa cara seperti menjejaki lokasi mereka. Sebenarnya anda boleh menjejaki lokasi orang terdekat seperti ahli keluarga dengan menggunakan aplikasi Maps yang ada di telefon pintar.

Secara tak langsung, menggunakan teknik ‘tracing’ ini dapat memantau pergerakan ahli keluarga dari jauh atas faktor keselamatan. Hanya dua langkah mudah sahaja, seperti mana perkongsian bermanfaat yang dibuat oleh saudara Mohd Firdaus Mohd Yusoff.

Baca juga: Surat Beranak Lama Dah Lusuh Lunyai Teruk? Mak Ayah Usia 40+ Ini Cara Tukar Kepada Baru!

ORANG HILANG

orang hilang

Gambar: Google

Hari ini aku nak kongsi satu teknik memantau lokasi ahli keluarga secara percuma. Ramai sangat yang mengadu risau anak-anak dekat rumah ke mana ke, anak-anak entah ke mana.

Pula tu time cuti-cuti Malaysia, ramai-ramai jalan berpecah pun semua entah ke mana tak boleh nak jejak. Atau pun paling best, nak cari isteri dekat pasar malam hahaha.

Nak monitor isteri balik kerja on the way, kita nak masak sedap-sedap ngam ngam dia sampai depan pintu. Lauk ready atas meja dengan lilin panjang dah nyala, pun boleh. Tak ada lah lilin tu dah pendek baru wife sampai rumah kan hahaha.

Tujuannya adalah untuk kebaikan. Kalau kejahatan, tu korang dosa sendiri tanggung.

Baca juga: Adik-Adik Nak Beli Komputer Riba Tapi Tak Pandai Pilih, 5 Tips Ini Boleh Bantu!

CARA MENGESAN LOKASI AHLI KELUARGA DARI JAUH

Cara-caranya:

1. Pinjam telefon bimbit anak sekejap dalam tempoh 10 minit saja.

2. Masuk applikasi MAP dan ‘on’ location sharing.

orang hilang

Gambar: Mohd Firdaus Mohd Yusoff

3. Share location kepada alamat Gmail telefon bimbit anda.

orang hilang

Gambar: Mohd Firdaus Mohd Yusoff

Selesai!

Selagi GPS telefon bimbit anak-anak on dan ada data, kita boleh tengok location mereka di Google Map telefon bimbit kita.

Kalau telefon bimbit pasangan pun sama lah. Kena pinjam sekejap. Bagus untuk pantau lokasi semasa ahli kuarga seperti semasa bercuti.

Applikasi MAP ye bukan GOOGLE.

P/s:

Tujuannya BUKAN untuk mengintip ya, tapi untuk keselamatan ahli keluarga. Yang korang fikir nak mengintip tu, periksa hati dan banyakkan berzikir.

Selamat mencuba.

Baca juga: Maksud 13 Simbol Lampu Amaran Kereta, Bila Menyala Kena Waspada!

Sumber: Facebook Mohd Firdaus Mohd Yusoff

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×