Didik

Fakta Forensik, Ramai Tak Tahu DNA Gigi Bukti Penting Kenal Pasti Mayat Letupan Terjejas Teruk!

19
SHARES
fungsi gigi

Tahukah anda, gigi memiliki sel asid deoksiribonukleik (DNA) yang sering digunakan untuk mengenal pasti mayat, terutamanya yang terjejas teruk akibat impak, letupan dan kebakaran. Disebabkan itu, dalam dunia forensik pergigian, fungsi gigi yang sangat unik amat penting untuk diaplikasikan dalam penyiasatan mereka.

Melalui perkongsian menarik dari Doktor Pergigian, Dr. Ib Shah, tiada dua orang mempunyai set gigi yang sama. Di mana, gigi seunik cap jari anda sendiri. Maka, tidak hairan fungsi gigi sangat membantu dalam pengesahan mayat terutama dalam kes kemalangan kapal terbang baru-baru ini.

Baca juga: Surat Beranak Lama Dah Lusuh Lunyai Teruk? Mak Ayah Usia 40+ Ini Cara Tukar Kepada Baru!

FUNGSI GIGI

fungsi gigi

Gambar: foresight

Ada apa kaitan doktor gigi dengan kemalangan kapal terbang?

Kita dikejutkan dengan kemalangan kapal terbang baru-baru ini. Dalam mana kita bersimpati, ada pasukan khas yang bertungkus lumus dibelakang tabir. Tapi ada juga doktor gigi yang dipanggil? Apa tugas mereka?

Kita ambil peluang untuk berkenalan dengan dunia forensik pergigian, satu bidang khas pergigian yang mengecam bahan bukti dan sisa pergigian. Bukan kes Elmina saja, kes MH17, Lahad Datu and beberapa helicrash pon mereka terlibat sama!

Gigi bantu pakar forensik untuk pengesahan mayat akibat letupan & kebakaran

Tahukah anda tiada dua orang mempunyai set gigi yang sama. Di mana, gigi anda seunik cap jari anda sendiri.

Bila bencana melanda, rekod pergigian penting dalam membantu penyiasatan. Ciri pergigian yang unik, tampalan gigi dan rawatan pergigian boleh menjadi kunci pengenalan mayat.

Apabila mayat terjejas teruk akibat impak, letupan dan kebakaran, rekod pergigian dapat diambil kerana gigi dilitupi enamel iaitu bahan yang paling keras dalam badan manusia. Dengan kekuatan daya tekanan sehingga 13000kg, gigi juga boleh bertahan dalam suhu ekstrem, sehingga 1,600°C!

Ahli forensik pergigian bersama pasukan lain seperti polis didalam Disaster Victim Identification (DVI) team, mencari bukti pergigian bagi mengenalpasti mayat. To give a name to an unrecognisable body. Penting supaya mereka boleh diberi penghormatan terakhir oleh keluarga masing-masing.

Baca juga: Ada Dokumen Diri Hilang? Ini Cara Buat Report Polis Secara Online, Cepat & Segera!

Keistimewaan lain tentang gigi

Selain pengesahan mayat pakar forensik pergigian juga boleh mengenalpasti bentuk gigitan dalam kes-kes trauma, mengagak umur mangsa, membantu dalam postmortem dan juga boleh memberi keterangan profesional di mahkamah. Very interesting speciality in dentistry!

Jadi apa peranan semua Dr. Gigi yang lain?

Sentiasa menyimpan rekod (charting, radiographs, study model) secara lengkap dan terperinci. Sedia dikongsi kepada team DVI yang sah bila diperlukan.

Peranan masyarakat?

Rawatan pergigian berkala penting untuk kesihatan oral DAN REKOD anda. Maklumkan pada keluarga dan kenalan di mana klinik gigi yang anda lawati. Disinilah “missing link” bagi team DVI mendapatkan rekod dari klinik.

Jika ada maklumat, sampaikan pada saluran yang betul.

So, as we reflect on the recent tragedy, let’s also acknowledge the unsung heroes who labor behind the scenes, piecing together stories and identities. Their contributions may not make headlines, but they certainly leave an indelible mark on hearts.

Baca juga: Wanita Cemas Hilang iPhone, Suami Terus Kesan Dengan Aplikasi Ini & Berjaya Dapat Semula!

Sumber: Dr. Ib Shah

FT Image: dentistchannel / bernama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×