Waze merupakan salah satu aplikasi berguna yang ada dalam iPhone. Ia merupakan nagivasi untuk kemudahan pengguna bergerak ke destinasi yang hendak dituju. Namun, tahukah anda suara yang terdapat pada navigasi tersebut boleh diubah menggunakan suara sendiri dengan mudah! Berikut adalah cara tukar suara waze di telefon pintar anda.
Baca juga: Info TARIKH LUPUT Pada Bungkusan Bateri Ramai Tak Tahu, Patutlah Cepat ‘Kong’!
CARA TUKAR SUARA WAZE
Melalui perkongsian dari Puan Farizah Lubna, terdapat dua versi bahasa yang diberikan untuk memudahkan pembaca memahami cara tukar suara waze. Malah, disertakan juga cara untuk berkongsi suara yang telah dirakam kepada aplikasi WhatsApp untuk digunakan oleh orang lain.
Waze suara sendiri! Memang lawak~ Bestkan kalau suara waze itu suara anak kita atau suami isteri atau suara mak kita hihi. Atau senyap-senyap record suara sendiri di waze handphone suami, biar suprise~~ hehe mesti terkejut.
Lepas itu, suara yang kita dah record itu boleh kongsi dengan saudara-mara atau kawan-kawan yang lain melalui WhatsAap je, best kan!
Saya ajar macam mana nak set jadi suara yang kita record ya. Boleh lihat pada gambar untuk keterangan lanjut. Kena ‘record’ satu-satu dan tekan ‘save’. Kalau malas nak record semua, record mana yang nak sajalah. Mana yang tak record akan keluar suara ‘default waze’.
Senang je.
Baca juga: Surat Beranak Lama Dah Lusuh Lunyai Teruk? Mak Ayah Usia 40+ Ini Cara Tukar Kepada Baru!
Versi Bahasa Melayu
Ini dalam Bahasa Melayu. Buka waze–>setting–>suara & bunyi–>suara waze–>rakam suara baru. Ada banyak yang kita kena record.
Tak payah record semua kalau tak nak. Dah record jangan lupa tekan save dan namakan ikut suara siapa sebagai rujukan.
Versi Bahasa Inggeris
Ini pula dalam englishnya. Buka waze, pergi dekat setting–>voice & sound–>waze voice–>record new voice. Ada banyak yang kita kena record.
Tak payah record semua kalau tak nak. Dah record jangan lupa tekan save dan namakan ikut suara siapa sebagai rujukan.
Baca juga: 5 Kaedah Hapus Dokumen Penting Yang Tak Terpakai, Maklumat Sensitif Pun Selamat!
Cara kongsi suara dari Waze ke WhatsApp
Yang ini kalau nak share dekat WhatsApp ke Facebook ke mana-mana. Jadi orang yang terima boleh gunakan suara yang kita hantar itu sebagai Waze voice di handphone mereka.
Baca juga: Tips ‘Packing’ Melancong Anak Ramai. Kemas & Teratur, 3 Beg Besar Je!
Sumber: Farizah Lubna
FT Image: Google