Iklan palsu di Facebook semakin berleluasa, sehingga ramai yang telah menjadi mangsa. Ditambah pula, promosi palsu yang dicipta kelihatan seakan iklan yang betul sehingga menyukarkan orang ramai untuk membezakan kesahihannya.
Melalui sumber The Rakyat Post, berdasarkan beberapa sampel hantaran iklan palsu yang dijumpai di Facebook, berikut adalah beberapa petanda yang boleh dilihat.
Baca juga: DIY Print Sticker Nama Buku Sekolah Modal RM2.16, Ada Template Sekali!
IKLAN PALSU DI FACEBOOK
1. Tawaran promosi terlalu bagus
Melihat promosi yang menawarkan sesuatu yang kelihatan terlalu bagus sampai sukar nak percaya, kemungkinan ia iklan palsu adalah tinggi.
Contohnya, iklan jualan barangan berjenama dengan harga yang sangat murah, sememangnya ia adalah barangan tiruan atau dari kedai palsu.
2. Kesahihan akaun syarikat
Salah satu cara untuk mengetahui akaun sesebuah syarikat itu rasmi atau sahih di Facebook adalah dengan memiliki tanda semak (✔) berwarna biru di bahagian tepi namanya.
Namun, ada juga beberapa akaun jenama yang sahih tidak memiliki tanda tersebut. Bagi memastikan kesahihannya, anda boleh menyemak jumlah pengikut dan jenis hantaran (post) yang dimuat naik serta bahagian komen.
Sekiranya di bahagian komen hantaran dipenuhi dengan pautan spam dan review lima bintang yang meragukan, berkemungkinan akaun tersebut adalah palsu.
3. Semak pautan yang diberikan
Bagi memastikan pautan (link) yang diberikan adalah selamat, anda boleh menyemak dengan melihat pada alamat laman web yang bermula dengan “https” dan bukannya “http”. Juga, jangan sesekali klik pada mana-mana pautan yang meragukan bagi menjaga keselamatan data pengguna.
Pastikan sebelum klik pautan di Facebook, semak dahulu akaunnya. Kebiasaannya, apabila membuka akaun profil, jenama akan terpapar di bahagian pautan.
Contoh:
Pautan untuk halaman Facebook rasmi Media Prima Berhad seperti ini: https://www.facebook.com/mpbtalk
Manakala, halaman palsu akan menunjukkan nombor dan bukannya nama jenama.
Baca juga: Cara Mudah Tukar Suara Navigasi Waze & Lepas Rakam Boleh ‘Share’ Dekat WhatsApp!
4. Kapsyen agak panjang dan tidak kemas
Sekiranya anda perasan, kebanyakan kapsyen dalam hantaran palsu di Facebook akan dibuat dalam bentuk perenggan yang sangat panjang dan mempunyai pengulangan perkataan atau ayat. Selain, ruangan komen dipenuhi dengan review yang meragukan.
5. Pelanggan akan digesa membeli barangan secara ‘on the spot’
Selain itu, tanda iklan palsu di Facebook yang boleh dikesan adalah penjual menekankan barangan tersebut adalah edisi terhad yang dijual untuk tempoh tertentu sahaja. Melalui teknik tersebut, akan membuatkan pelanggan berasa tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkannya.
Malah, penjual palsu ini juga akan memberitahu tentang promosi ‘beli satu percuma satu’ di ruangan komen dan tidak dinyatakan dalam hantaran.
6. Penjenayah akan minta maklumat kad kredit terlebih dahulu
Jika maklumat pembayaran muncul terlebih dahulu sebelum butiran peribadi, berkemungkinan besar penjenayah ini cuba mencuri maklumat pelanggan untuk mendapatkan akses kepada kad kredit.
Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna boleh menggunakan kad kredit untuk membuat pembayaran kerana ia menawarkan lebih perlindungan dan keselamatan berbanding kad debit. Malah, mangsa penipuan melalui pembayaran kad kredit lebih mudah untuk mendapatkan semula wang anda.
Baca juga: Info TARIKH LUPUT Pada Bungkusan Bateri Ramai Tak Tahu, Patutlah Cepat ‘Kong’!
Sumber: The Rakyat Post
FT Image: vervebook