Famili

MCMC Gesa Rakyat Jangan Muat Turun Aplikasi Hasad “Pink WhatsApp”, Risiko Keselamatan!

5
SHARES
aplikasi hasad "Pink WhatsApp"

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai agar berwaspada apabila menerima jemputan untuk menyertai atau memuat turun aplikasi hasad Pink WhatsApp.

Hal ini kerana, ia boleh membawa kepada risiko keselamatan yang serius kepada pengguna.

Baca juga: Ada Dokumen Diri Hilang? Ini Cara Buat Report Polis Secara Online, Cepat & Segera!

APLIKASI HASAD PINK WHATSAPP

aplikasi hasad "Pink WhatsApp"

Aplikasi berkenaan kononnya menawarkan:

  • ciri keselamatan serta privasi lebih baik
  • antaramuka yang boleh diubah suai
  • keupayaan menghantar fail lebih besar berbanding aplikasi WhatsApp yang biasa digunakan.

Di mana, para pengguna akan menerima mesej dan pautan seolah-olah datang daripada WhatsApp yang mengajak pengguna untuk mencuba aplikasi baharu tersebut.

Selepas pemasangan, aplikasi hasad berkenaan boleh mengakses pelbagai item dalam telefon pintar pengguna seperti di bawah dan boleh membawa kepada risiko keselamatan yang serius.

  • gambar
  • SMS
  • senarai kenalan

MCMC menasihatkan pengguna untuk tidak memuat turun dan memasang aplikasi ”Pink WhatsApp” tersebut. Malah, segera membuang aplikasi berkenaan sekiranya ia telah dipasang dalam telefon pintar mereka.

MCMC mengesyorkan pengguna muat turun aplikasi hanya dari gedung aplikasi rasmi sahaja

aplikasi hasad "Pink WhatsApp"

Gambar hiasan: natanaelginting

Pengguna disyorkan untuk hanya memuat turun aplikasi mudah alih daripada gedung aplikasi rasmi seperti:

  • Apple App Store
  • Google Play Store
  • Huawei AppGallery

Selain itu, pengguna juga diminta untuk tidak menyebarluaskan sebarang pautan yang mencurigakan. MCMC ingin menekankan kepentingan kepada pengguna agar:

  1. Berhati-hati ketika menggunakan aplikasi mudah alih.
  2. Mengambil langkah pencegahan untuk melindungi maklumat peribadi.
  3. Mengelak daripada memuat turun aplikasi hasad.

Para pengguna disarankan untuk kekal berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan dengan ”Pink WhatsApp” kepada portal Aduan MCMC atau talian hotline Aduan di 1800- 188-030.

Baca juga: Ini Cara Pantau Lokasi Ahli Keluarga Secara Percuma! Tak Risau Anak Berjalan Tanpa Orang Tua

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×