Sihat

Bahaya ‘Scroll’ Telefon Pintar Selepas Jam 11 Malam, Risiko Alami Kemurungan Teruk

16
SHARES
telefon pintar

Salah satu aktiviti yang wajib dilakukan oleh setiap individu sebelum melelapkan mata pada waktu malam adalah ‘scroll’ atau menatal telefon pintar selama berjam-jam. Inilah masanya untuk melihat perkembangan dalam dunia media sosial. Sebenarnya, aktiviti ini sangat berbahaya untuk kesihatan terutama sekali jika anda melakukan aktviti ini selepas jam 11 malam.

Bayangkan, jika anda tidur jam 1 pagi dan masih bermain telefon pintar dalam tempoh yang lama, betapa bahayanya kesan ini kepada badan dalam tempoh jangka panjang!

Baca juga: 7 Petua Tradisional Hilangkan Lenguh Kaki, Nak Jalan 10 Ribu Langkah Pun Tak Ada Masalah!

BAHAYA MENATAL (SCROLL) TELEFON PINTAR SELEPAS 11 MALAM

telefon pintar

Foto: CBS News

Ramai pakar memberi amaran mengenai penggunaan telefon pintar berlebihan termasuk kesan kepada cahaya biru yang berlebihan kepada kesihatan mental. Antaranya:

1.Mood terganggu

Penggunaan telefon pintar pada waktu malam boleh mengganggu jadual waktu rehat kita yang normal. Walaupun nampak macam isu ini tidak berat tetapi untuk tempoh yang panjang, ini menjadi perubahan perangai individu sehingga cepat berasa sedih, anxiety dan dalam kes yang serius akan menyebabkan kemurungan tahap teruk.

2.Tingkatkan risiko kemurungan

Anda perlu tahu bahawa pendedahan wajah dan mata kepada cahaya biru dari skrin telefon terutamanya pada waktu malam boleh mengganggu irama sirkadian iaitu jam semula jadi badan kita. Ia berfungsi menetapkan kitaran bangun dan rehat supaya mendapat minda yang sihat.  Kalau anda hairan selalu rasa sendiri dan sedih, ini maknanya potensi untuk risiko kemurungan dalam badan anda sedang meningkat!

3.Tiba-tiba akan rasa sunyi

Sedar atau tidak, semasa anda menggunakan telefon pintar pada lewat malam untuk menatap media sosial boleh meningkatkan perasaan kesunyian? Hal ini kerana, inilah waktunya anda melihat kehidupan orang lain yang mungkin kelihatan lebih seronok dan glamor di dalam media sosial. Maka timbul perasaan sendiri yang merasakan kurang bernasib baik dan cemburu dengan kehidupan rakan-rakan atau orang luar.

4.Gangguan tidur

Cahaya biru yang dipancarkan oleh skrin telefon adalah sangat tinggi dengan cahaya ketara (HEV) bertenaga tinggi. Ini boleh menyekat penciptaan melatonin (bahan kimia yang mengawal tidur). Rentetan daripada itu, ia boleh menyebabkan pengaruh yang mengganggu rehat, susah untuk tidur dan corak tidur yang tidak teratur akan menyebabkan terjadinya kemurungan. Malah, muka pun akan mudah berjerawat!

5. Berasa lebih letih dan lemau apabila anda bangun tidur

Menurut kajian universiti Harvard, menatap skrin telefon pintar sebelum tidur akan menyebabkan anda berasa lebih mengantuk apabila bangun pada waktu pagi. Anda yang menatap skrin telefon pintar sebelum tidur dalam tempoh lama sampai berjam-jam dilaporkan akan mengambil masa lebih lama untuk “bangun” sepenuhnya pada keesokan harinya, berbanding mereka yang membaca buku sebelum tidur.

telefon pintar

Foto: Sleep Foundation

*Jadi, untuk dapatkan tidur yang berkualiti dan tubuh yang sihat, selepas jam 11 malam terus tutup telefon!

Baca juga: Rasa Berdebar & Kerap Sakit Kepala? Ini Tanda Anda Kena Mandi Air Garam Untuk Aura Positif!

Sumber: Hibglam, Psychology Today

Foto: TheNewsHouse

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×