DIY & Kraf

Lakukan 8 Tips Ini Bila Beli KERETA TERPAKAI, Jangan Percaya ‘Owner & Salesman’ 100%!

2
SHARES
kereta terpakai

Bukan semua orang gemar membeli kereta baru. Maka, pilihan lain untuk mempunyai kereta adalah dengan membeli kereta terpakai yang dikenali juga sebagai used car atau second-hand car.

Buat anda yang ingin membeli kereta terpakai, jangan terburu-buru membelinya. Hal ini kerana, saudara Iffat Salleh yang sudah menggunakan 6 biji kereta terpakai ini, mempunyai tips berguna untuk membantu pengguna agar tidak menanggung kerugian besar di kemudian hari.

Baca juga: 5 Tanda Awal ‘Power Steering’ Kereta Ada Masalah, Patutlah Rasa Berat Bila Nak Belok!

KERETA TERPAKAI (USED CAR)

kereta terpakai

Gambar: freepik

Aku dah pakai 6 biji used car. Ada yang bagus, ada yang teruk. Ada yang beli direct owner, ada beli dari kedai.

Jadi, ini ialah tips untuk korang beli used car.

Nota: Jangan Percaya Cakap Owner Kereta dan Salesman

Benda paling penting, jangan percaya sepenuhnya cakap owner dan salesman.

  • “Tak pernah eksiden”
  • “Bukan kereta banjir”
  • “Kondisi perfect”

Ini semua ayat paling bahaya, jadi jangan percaya 100%. Pastikan anda periksa betul-betul beberapa perkara ini sebelum beli kereta terpakai.

used car

Gambar: Iffat Salleh

Baca juga: Panduan ‘Explore’ Canva Untuk Amatur, Cikgu Boleh Guna Buat BBM Anak Murid!

1. Periksa pintu, bonet dan minyak

Benda pertama kena buat ialah periksa semua pintu dan bonet belakang. Tak ada buat apa-apa, cuma perlu buka dan tutup. Buat beberapa kali.

Kalau berbunyi pelik. Kalau susah buka dan tutup. Maka tinggalkan kereta tu segera. Confirm kena baiki.

used car

Gambar: Iffat Salleh

2. Pegang stereng

Korang masuk kereta, pegang stereng, pusing kiri sampai habis, pusing kanan sampai habis. Kalau ada bunyi kluk kluk, klak klak, maka confirm rosak steering rack dan komponen berkaitan.

Makan modal.

3. Hidupkan enjin kereta

Hidupkan enjin dan lihat gegaran pada dashboard meter. Kalau bergegar, maka confirm engine mounting kena tukar. Makan modal juga.

Kalau tak tahu gegar atau tidak, ambil botol mineral kecil berisi separuh air, letak atas dashboard. Air bergoncang, rosaklah tu.

4. Tekan brek dan masuk gear D

Ini penting, kadang-kadang hidupkan enjin tak terasa sangat getaran. Jadi, kena masuk gear D dan tekan brek.

Tengok dashboard bergegar atau tidak. Isu yang sama, engine mounting problem (masalah pemasangan enjin).

Baca juga: 6 Tanda Untuk Bezakan Iklan Palsu Di Facebook, Selamat Dari Kena ‘Scam’!

5. Cari zebra line

Pandu uji kereta itu, cari jalan yang ada zebra line atau crossing line. Ada 2 cara:

  • Cara 1: Bawa perlahan je, bawah 50kmh melintasi zebra line.
  • Cara 2: Bawa laju sikit sekitar 50-90kmh melintasi zebra line.

Kenapa?

Kalau melintasi zebra line ada bunyi KUK KUK KUK, KAK KAK KAK. Maka, undercarriage problem.

Lower arm, drive shaft dan absorber kena tukar. Lagilah makan modal. Ini confirm owner tak pernah tukar lagi.

6. Pecut laju 80-100KMH

Kalau masa speeding ada gegaran pada stereng, maka ada problem pada absorber, shaft atau rim. Gegaran akan berlaku pada 80-90kmh, lepas 100kmh akan hilang.

Jadi, benda makan modal juga ini. Hati-hatilah kalau nak beli.

7. Periksa kebocoran (leaking)

Ini leceh sedikit, kena tunduk bawah untuk tengok kebocoran. Tengok dalam enjin. Sebaiknya bawalah seorang kawan yang mahir bab enjin ini untuk tengok kebocoran.

8. Periksa penyaman udara

Buka penyaman udara pada kadar minimum. Takat 1, suhu 20 celcius. Tunggu 5 minit, tengok sejuk atau tidak.

Kemudian, naikkan 1 takat lagi dan tunggu 5 minit. Ulang sampai habis full takat. Selepas itu, turunkan suhu pula sampai level LO.

Kalau semua sejuk, maka cunlah tu.

kereta terpakai

Gambar: Iffat Salleh

Baca juga: DIY Print Sticker Nama Buku Sekolah Modal RM2.16, Ada Template Sekali!

Kesimpulan

Cukuplah buat yang ini dulu. Semua ini penting sebab memang makan modal nak baiki.

Makin kurang kerosakan, makin jimat kos untuk baiki. Makin banyak kerosakan, boleh minta harga murah lagi.

Pengalaman aku dengan kereta terpakai ini memang banyak tapi aku tak pernah serik beli used car, sebab ianya lebih jimat berbanding beli baru.

Baca juga: Cara Mudah Tukar Suara Navigasi Waze & Lepas Rakam Boleh ‘Share’ Dekat WhatsApp!

Sumber: X – @iffatsalleh

FT Image: tawatchai07

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×