Kewangan

Sebagai Anak Muda, Anda Pasti Selalu Diduga Dengan Cabaran Bila Nak Capai 6 Impian Ini Kan?

355
SHARES

Setiap orang yang lahir atas muka bumi pasti ada impian dan angan-angan. Kalau zaman belajar dulu teringin nak pakai telefon bimbit canggih. Yelah, zaman belajar pakai phone biasa je. Bila dah berkerjaya sekarang, keinginan nak capai sesuatu tu membuak-buak. Nak-nak tengok kawan-kawan yang lain dapat capai impian mereka.

Bagi anak muda seperti anda, mesti tak terlepas dari mempunyai impian tak kiralah kecil atau pun besar. Salah satu daripada impian tu mesti ada dalam banyak-banyak impian yang admin senaraikan di bawah ni. Betul tak?

1. Nak miliki rumah idaman tapi tak sempat kumpul duit

Setiap anak muda yang mula kerja, biasanya akan menyewa bilik kalau tak duduk dengan mak ayah. Tapi, lama-kelamaan, mesti bosan menyewa dan rasa nak ada rumah sendiri kan? Lagi-lagi, bila anda sudah berkeluarga.

Tapi, angan-angan tu tanpa sedar terkubur sebab tak sempat nak kumpul deposit rumah, duit dah habis guna untuk tujuan lain. Contohnya beli kopi mahal setiap pagi, langgan perkhidmatan langganan muzik, platform penstriman video, keahlian gym, belanja kawan dan macam-macam lagi.

2. Nak pakai kereta mahal tapi bila kira gaji tahunan, tak cukup bajet

Siapa saja tak terliur tengok kereta mewah lalu-lalang depan office hari-hari. Anda mesti pernah berangan dapat pandu kereta gempak pergi kerja, selesa, perjalanan ke tempat kerja pun lebih cepat. Tapi, bila anda buat kira-kira, gaji belum mampu nak beli kereta.

Sebenarnya bila dah ada kereta, komitmen bulanan anda makin bertambah. Servis, ansuran bulanan, minyak, tol dan macam-macam lagi. Kalau anda belum mampu, tak apa! Naiklah kenderaan awam dulu. Bila dah mampu, baru beli kereta idaman okay?

3. Nak tukar-tukar smartphone, walaupun gajet yang ada masih boleh guna

Selain kereta, smartphone juga selalu jadi kegilaan anak-anak muda. Lagi-lagi bila nampak member bergaya dengan gajet terbaru, iklan dekat media sosial pulak berlambak. Lagilah rasa nak tukar smartphone tu membuak-buak!

Sebaiknya, anda janganlah membazir duit upgrade smartphone selalu selagi tak ada sebab yang kuat contohnya telefon pintar anda dah teruk sangat. Guna apa yang ada dulu, duit yang korang bakal laburkan tu simpan untuk masa depan!

4. Nak shopping online selalu tapi kad kredit dah sampai limit

Bila dah bekerja dan pegang duit sendiri, tangan mesti gatal nak shopping kan? Paling tidak anda akan ada satu kad kredit untuk kegunaan harian seperti makan, isi petrol dan sebagainya. Tapi, kalau dah kerap sangat guna, tak sedar kad anda dah sampai limit!

Masa tu, tak dapat nak lunaskan hajat anda untuk shopping online selalu. Walaupun ada promo gila-gila dekat pelbagai laman e-dagang, nak taknak anda kena tahan nafsu shopping sampai hujung bulan dan bayar dulu kegunaan bulan semasa. Baru boleh shopping!

5. Nak jadi macam ‘Instafamous’, minum bubble tea setiap hari

Lifestyle anak muda zaman sekarang, memang gilakan bubble tea. Bukan main panjang orang beratur di kedai bubble tea kat Lembah Klang. Semuanya acah-acah ‘Instafamous’ upload minum bubble tea di Instagram masing-masing.

Anda tau tak, nak ke kedai bubble tea tu sesak ya amat. Bila dah viral, apa lagi hype dia mengalahkan sale raya. Malah, harga bubble tea bukan RM2-RM3. Paling tidak anda kena sediakan RM200-300 sebulan untuk bubble tea saja. Mana nak cari duit?

6. Nak hidup selesa lepas bersara tapi tak pernah terfikir untuk menyimpan

Pernah terfikir tak apa akan jadi dengan hidup anda bila dah tak bekerja dan bersara? Mesti nak hidup selesa, duit banyak, tak payah kerja, dapat travel seluruh dunia. Tapi, sekarang ni anda langsung tiada planning untuk menyimpan.

Bila nak mula menyimpan, macam-macam alasan anda bagi. Sibuklah, tak sempat nak fikirlah, belum tiba masanyalah, nak enjoy dululah… Tak boleh macam tu! Anda perlu luangkan masa untuk masa depan lepas bersara yang lebih cerah!

Realisasikan impian anda, jom mula menyimpan di PRS!

Kredit : PPA

Untuk capai semua impian tu anda perlukan duit, setuju kan? Jadi, ada baiknya anda plan dan menyimpan daripada sekarang. Sedikit sebanyak masa depan anda lebih cerah. Jadi, Jangan hanya berangan-laa. Jom! Simpan di PRS!

Untuk pengetahuan anda, Skim Persaraan Swasta (PRS) adalah skim simpanan dan pelaburan jangka panjang yang dilakukan secara sukarela dan diperkenalkan untuk membantu individu supaya dapat menyimpan lebih untuk kegunaan lepas bersara.

Dengan menyimpan di PRS, kedudukan kewangan anda lama-lama akan kukuh malah boleh dimanfaatkan bila anda dah bersara dan tak bekerja kelak!

Simpan RM100 saja!

Untuk pengetahuan anda, bila menyimpan di PRS, anda akan nikmati banyak manfaat seperti pilihan untuk membuka akaun dan menyimpan secara online atau dengan 8 Penyedia PRS, pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan banyak lagi!

Berapa kita perlukan jika nak mula menyimpan ni? Tak banyak pun! Anda hanya perlukan wang serendah RM100 untuk buka akaun PRS. Malah, anda tak perlu ke mana-mana cawangan untuk buka akaun PRS ni!

Kredit : PPA

Hanya daftar secara online di laman web PRS Online dan mulakan simpanan untuk masa depan lebih cerah di sana! Bulan ni simpan RM100, bulan depan RM100 lagi pun boleh. Kata orang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

Untuk maklumat lanjut tentang PRS yang ditadbir oleh Private Pension Administrator Malaysia (PPA), layari laman web PPA dan follow Facebook PPA Malaysia untuk update dan promosi terkini daripada mereka. Selamat menyimpan!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×