DIY & Kraf

Punca Tingkap Kereta Berat Rupanya Tak Jaga Getahnya, Itu Yang Rosak ‘Power Window’!

43
SHARES
punca tingkap kereta berat

Punca tingkap kereta berat berlaku disebabkan oleh masalah yang berlaku pada power window. Situasi ini kebanyakannya boleh terjadi pada kereta yang telah bertahun-tahun digunakan.

Di mana, tidak menjaga getah pada tingkap kereta atau run channel dengan baik menyebabkan tercetusnya masalah pada power window ini. Justeru itu, bagi melancarkan pergerakan cermin tingkap kereta anda, berikut adalah nasihat dan tips yang dikongsikan oleh laman Tiktok Altimate Auto Garage.

Baca juga: Cara Tukar Getah Pintu Peti Sejuk Yang Tertanggal, 2 ‘Steps’ Je & Jimat Kos Bila Buat Sendiri!

PUNCA TINGKAP KERETA BERAT

punca tingkap kereta berat

Gambar: motoqar

“Korang tolonglah jaga getah ini (getah tingkap), getah ini orang panggil run channel. Kalau korang tak jaga getah ini, itu yang rosak power window,” pesan seorang pemuda.

Tambahnya lagi, apabila menaikkan tingkap kereta dan tiba-tiba terasa berat itu bermakna anda perlu beri perhatian pada getahnya (run channel). Hal ini kerana, run channel boleh menjadi punca kepada masalah tingkap kereta menjadi berat.

“Bila tingkap jadi berat, motor dekat power window akan bergerak secara paksa. Bila motor gerak secara paksa, ia akan menjadi panas sehingga menyebabkan jam. Jadi, bila motor menjadi panas waktu itu motor akan rosak,” kongsi pemuda tersebut.

Baca juga: Cara Halau Anak Lipas Dalam Kereta Bancuh 1 Bahan Ini Sebagai Umpan, Banyak Terperangkap!

Baca juga: Rupanya Ini Cara Selamat Simpan Petrol, Bukan Pakai Botol Plastik Jenis Ini

Tips penjagaan getah tingkap kereta

punca tingkap kereta berat

Gambar: Altimate Auto Garage

Di dalam video berkenaan, pemuda tersebut berkongsikan juga cara-cara menjaga getah tingkap kereta.

Caranya amat mudah iaitu dengan menyemburkan silicone spray atau minyak pada celahahan getah tingkap. Kesannya, pergerakan cermin tingkap kereta akan jadi bertambah lancar.

Pemuda tersebut juga berkata, menjaga run channel dengan baik dapat mengekang pengguna dari mengeluarkan modal besar akibat daripada membaiki kerosakkan pada motor power window.

Baca juga: Petua Halau Haiwan Liar Dari Masuk Ladang, Kaedah Mesra Tanpa Menyakiti Makhluk Lain

Sumber: Tiktok @altimatautogarage

FT Image: Altimate Auto Garage /

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×