Didik

Panduan ‘Explore’ Canva Untuk Amatur, Cikgu Boleh Guna Buat BBM Anak Murid!

13
SHARES
panduan guna canva

Seiring teknologi yang berkembang pesat, terdapat pelbagai aplikasi yang dibina untuk memudahkan tugas kerja. Ini termasuklah aplikasi Canva iaitu sebuah platform reka bentuk grafik dalam talian yang digunakan untuk membuat grafik. Teknologi ini telah digunakan seorang guru untuk menghasilkan Bahan Bantuan Mengajar (BBM) dan berkongsi panduan guna canva buat amatur.

Mari lihat panduan guna canva buat amatur yang dikongsikan oleh Cikgu Wahira Ali, yang telah memanfaatkan aplikasi ini sendiri untuk menghasilkan BBM pelajarnya dengan mudah, jimat dan pantas.

Baca juga: 6 Tanda Untuk Bezakan Iklan Palsu Di Facebook, Selamat Dari Kena ‘Scam’!

PANDUAN GUNA CANVA

 

tips guna canva

Gambar: Antara BBM yang dihasilkan Wahira Ali untuk pelajarnya.

Saya sebenarnya segan nak ajar guna canva di ipad atau tablet ini sebab saya pun amatur lagi. Baru 2 minggu kot pakai canva buat BBM haha.

Tapi ramai yang pm tepi dan WhatsApp saya minta ajar buat BBM guna canva. Saya pun tak masuk kelas mana-mana pun. Sekadar godek-godek sendiri dan belajar sikit dekat Tiktok.

Okaylah untuk geng amatur macam kita ini, saya ajar permulaan dulu macam mana nak explore. Permulaan ini saya tak ajar bina BBM tau. Saya tunjuk macam mana nak mula dan explore sebab ada yang tak tahu canva itu macam mana. Orang dah pro jangan tengok, maluuu.

Ini cara saya belajar sendiri awal-awal hari itu lah. Saya pun banyak sangat lagi tak tahu. Boleh baca dekat caption setiap gambar ya.

Baca juga: DIY Print Sticker Nama Buku Sekolah Modal RM2.16, Ada Template Sekali!

Baca juga: Info TARIKH LUPUT Pada Bungkusan Bateri Ramai Tak Tahu, Patutlah Cepat ‘Kong’!

Langkah-langkah guna canva buat amatur

Langkah 1

Mula-mula buka canva macam biasa. Kalau yang ada canva education atau canva pro lagi best.

Canva free ada yang tak boleh guna dalam ini. Paparan yang saya tunjuk ini kalau guna tab secara menegak ya. Maklumlah awal-awal pakai menegak.

panduan guna canva

Gambar: Wahira Ali

Langkah 2

Haaa nak mula buat kerjakan. Klik saja dekat CREATE A DESIGN. Saya selalu guna WORKSHEET.

cara guna canva

Gambar: Wahira Ali

Langkah 3

Dah klik itu akan keluar macam ini. Nak tengok tapak kosong itu dulu, boleh scroll ke bawah saja paparan ini.

cara guna canva

Gambar: Wahira Ali

Langkah 4

Nampakkan kosong saja, sekosong hati yang hancur ahhh gitu. Awak tekan bentuk tambah warna purple dekat bawah itu.

cara guna canva

Gambar: Wahira Ali

Langkah 5

Keluarlah benda ini balik. Okey amatur sekalian, cuba la godek-godek setiap fungsi yang saya bulatkan itu.

aplikasi canva

Gambar: Wahira Ali

Baca juga: 5 Kaedah Hapus Dokumen Penting Yang Tak Terpakai, Maklumat Sensitif Pun Selamat!

Baca juga: Ada Dokumen Diri Hilang? Ini Cara Buat Report Polis Secara Online, Cepat & Segera!

Langkah 6 

Bagi BBM yang saya bina biasanya saya cari clipart dekat element.

Nanti taiplah nak apa. Contohnya, taip border akan keluar segala macam jenis border. Biasa saya ambil dekat GRAPHICS. Berpinau tengok pilihan yang diberi, boleh rambang mata.

aplikasi canva

Gambar: Wahira Ali

Haaa nampak!

aplikasi canva

Gambar: Wahira Ali

Langkah 7

Klik saja pada clipart yang awak nak.

tips guna canva

Gambar: Wahira Ali

Langkah 8

Warna pun boleh tukar, pilihlah warna apa yang awak nak. Tapi kena tengok juga sebab ada yang tak boleh tukar warna.

tips guna canva

Gambar: Wahira Ali

Langkah 9

Nak buat perkataan boleh klik TEXT.

panduan guna canva

Gambar: Wahira Ali

Langkah 10

UPLOADS pula kalau awak nak guna gambar awak sndiri. Biasa kita save dekat handphone kan.

Haa upload dulu dalam canva. Nanti masuk je dalam tapak kita.

tips guna canva

Gambar: Wahira Ali

Buat masa ini saya ajar sampi sini dulu. Cuba la explore.

Baca juga: Tak Semua Orang Tahu, Ini 17 Jenis Pengeluaran KWSP Boleh Dibuat Ahli!

Sumber: Wahira Ali

FT Image: Wahira Ali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×