Setiap kali ada sambutan perayaan, sudah pasti akan ada sesi bergambar untuk disimpan sebagai kenangan. Tambah pula semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri, mesti ramai yang teringin nak ikut trend bergambar semasa bermain bunga api bukan? Tapi, asyik kabur sahaja gambar dibuatnya kerana tak tahu cara edit gambar raya yang betul.
Oleh itu, buat anda yang menyimpan angan-angan untuk ada gambar yang cantik, unik dan bercahaya dengan bunga api, berikut merupakan tatacara yang anda kena ikut. Semoga menjadi!
Baca juga: DIY Lampu Pelita Guna Minyak Masak, Tak Sangka Sampai Subuh Pun Menyala Lagi!
CARA EDIT GAMBAR RAYA MAIN BUNYA API SUPAYA ELOK
Hai semua, malam ni CikYa nak share tutorial edit gambar anak main bunga api. CikYa guna aplikasi LensDistortion (LD), boleh download terus ke handphone Android atau iPhone. Ada free dan ada yang berbayar, tapi so far CikYa pakai yang percuma saja.
1.Mula-mula boleh install aplikasi Photo Overlays Preset-LD
2.Masukkan gambar ke dalam aplikasi.
3.Pilih warna Matte Bronze untuk tone gambar.
4.Untuk sinaran silau itu, saya klik ‘Eclipse’ dan pilih macam di bawah.
5.Akhir sekali, selepas dah save gambar. Boleh crop sikit gambar letak subjek di tengah.
6.Boleh tengok SEBELUM dan SELEPAS. Dah cantik!
*Selamat mencuba! Barulah gambar raya anda tak kabur!
Baca juga: AWAS…6 Barang Ini Sebenarnya Tak Boleh Simpan Dalam Bilik Air, Baru Tahu!
Sumber: Nazia Suhaimi