DIY & Kraf

DIY Lampu Pelita Guna Minyak Masak, Tak Sangka Sampai Subuh Pun Menyala Lagi!

13
SHARES
pelita raya

Salah satu barang penyeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri sudah semestinya lampu pelita. Setiap kali pulang ke kampung, melihat halaman rumah penuh dengan hiasan pelita raya membangkitkan lagi ‘vibe’ Hari Raya tersebut. Tapi, tak perlu tunggu Hari Raya baru nak pasang pelita di rumah kerana anda sudah boleh mulakan dari sekarang.

Orang cakap sempena menghiasi ‘Malam 7 Likur’ dalam bulan Ramadan, eloklah serikan dengan lampu pelita di halaman rumah. Kalau sudah kehabisan stok pelita dijual di pasaran, boleh sahaja DIY pelita raya menggunakan minyak masak sahaja! Wah mudahnya!

Baca juga: AWAS…6 Barang Ini Sebenarnya Tak Boleh Simpan Dalam Bilik Air, Baru Tahu!

DIY LAMPU PELITA RAYA GUNA MINYAK MASAK, MENJADI!

pelita raya

Berikut merupakan cara anda boleh buat pelita DIY menggunakan minyak masak.

Bahan-bahan diperlukan:

-Cawan kaca atau bekas plastik
-Minyak masak
-Pewarna merah atau apa-apa pewarna
-Air
-Pelampung sumbu

Cara-caranya:

1. Isi air dalam jug, masukkan pewarna dan kacau sebati.

2. Kemudian tuang air tersebut ke dalam bekas plastik.

3. Selepas itu isikan pula minyak masak.

4. Letak pelampung sumbu.

5. Akhir sekali letak sumbu.

Info ekstra untuk anda:

1.Sumbu lampu boleh beli kedai India yang jual bunga atau kedai Cina jual barang sembahyang pun banyak jual. Minyak yang warna merah pun ada.

2.Kalau tali sumbu tiada boleh juga ganti dengan tisu atau tali mop.

3.Rumah kalau tak ada elektrik pun boleh buat je macam ni. Jimat dari lilin.

4.Kalau sayang nak guna minyak baru, boleh juga guna minyak terpakai.

pelita raya

*Selamat mencuba!

@fadildil12 Balas kepada @asriaril95 abang ni mintak cara buat pelita bunga part 2..yang kata minyak masak mahal.boleh pakai minyak terpakai.#diy #aidilfitri2022 #foryou #fypシ #fyp #part2 #pelitaraya2022 ♬ Selendang Mak Inang – Allahyarham Hamzah Dolmat

Baca juga: Rupanya Fungsi Touch N Go Pada MyKad Anda Ada Tarikh Luput, Ini Cara Untuk ‘Renew’

Sumber: Tiktok @fadildil12

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×