DIY & Kraf

AWAS…6 Barang Ini Sebenarnya Tak Boleh Simpan Dalam Bilik Air, Baru Tahu!

11
SHARES
bilik mandi

Kata orang, kalau nak tahu bagaimana personaliti seseorang itu tengoklah keadaan bilik mandi rumahnya, jika kemas dan bersih maka orangnya pun begitu. Oleh disebabkan itulah, anda kena tahu bahawa terdapat beberapa jenis barang yang sebenarnya tidak boleh disimpan dalam kamar mandi rumah anda.

Awas, mesti ramai yang terkejut bahawa barang yang sering digunakan ini tidak boleh disimpan dalam kamar mandi kerana akan memberi kesan yang buruk. Jadi, bila anda kemas bilik mandi pastikan susun semula kelengkapan di bawah ini ya!

Baca juga: Senang Sangat Nak DIY Tisu Basah Untuk Lap Dapur & Bersihkan Rumah, Jimat Belanja!

RUPANYA 6 BARANG INI TAK BOLEH SIMPAN DALAM BILIK MANDI

bilik mandi

Foto: Freepik

1.Alat solek/barang make-up

Bagi anda yang mempunyai tandas dengan cermin dan kawasan sinki yang agak besar, aktiviti bersolek sering dilakukan di kawasan ini kerana begitu selesa! Namun, anda boleh teruskan bersolek ini tetapi mengeluarkan alat make-up dari bilik mandi tersebut. Hal ini kerana, jika disimpan di dalam bilik air, kelembapan di dalam bilik mandi akan menyebabkan barang solek anda cepat rosak sebelum waktunya, terutamanya yang berbentuk cecair dan gel.

2.Berus gigi

Mesti anda terekjut bahawa peralatan mandian ini tidak boleh disimpan di dalam bilik mandi? Walau bagaimanapun, keadaan bilik mandi yang lembap dan berus gigi basah yang telah digunakan adalah kombinasi terbaik untuk menjadi tempat bakteria membiak antara bulu berus gigi.

Untuk mengelakkan hal ini berlaku, simpan berus gigi anda di dalam bilik yang kering. Jika anda masih mahu menyimpannya di dalam bilik air, pastikan berus gigi anda disimpan di dalam bekas kedap udara.

3. Minyak Wangi

Meletakkan minyak wangi di dalam bilik mandi adalah lebih praktikal supaya selepas mandi dan semasa kulit masih lembap, minyak wangi boleh disembur sebelum memakai pakaian. Malah, udara bilik mandi yang lembap boleh menyebabkan minyak wangi cepat teroksida dan bahan kimia dalam minyak wangi itu terpisah dan menyejat ke udara. Akhirnya, minyak wangi tidak tahan lama baunya.

Oleh itu, lebih baik jika anda menyimpan minyak wangi di dalam bilik yang sejuk dan tidak lembap iaitu simpan di bilik tidur. Dengan cara itu, minyak wangi dapat digunakan lebih lama dan harumannya terjaga.

4.Alat pencukur

Oleh kerana alat pencukur sering digunakan untuk menghilangkan rambut di kawasan yang tidak diingini, adalah lebih baik untuk tidak menyimpan pencukur di dalam bilik mandi kan? Namun, kerana ia diperbuat daripada besi, bilik yang lembap menyebabkan besi pencukur cepat berkarat dan kusam. Keadaan seperti ini akan membahayakan kulit anda dan pastikan untuk buang alat pencukur selepas digunakan.

5.Tuala

Mungkin tidak ramai namun, ada juga dalam kalangan kita yang lebih suka menyimpan tuala dalam bilik mandi kerana dirasakan lebih mudah. Walau bagaimanapun, perlu ditekankan bahawa barang seperti tuala mudah menyerap bau lembap dan menjadikan tuala bau hapak walaupun baru digunakan dua kali.

Untuk mengelakkan hal ini, anda tidak boleh menyimpan tuala di dalam bilik mandi. Hanya bawa satu dan keringkan di luar bilik mandi apabila anda selesai menggunakannya.

6.Barang perhiasan

Tabiat menanggalkan barang perhiasan seperti anting-anting dan rantai serta terlupa membawanya keluar dari bilik air boleh mengancam kualiti barang kemas tersebut. Barang perhiasan yang diperbuat daripada emas, perak dan logam tidak sesuai disimpan kawasan lembap dan boleh menyebabkan ia menjadi hitam dengan lebih cepat. Sebaik-baiknya, tanggalkan barang kemas anda sebelum masuk ke bilik air untuk mengelakkan terlupa untuk mengeluarkannya dari bilik mandi.

bilik mandi

Foto: Freepik

*Baru tahu!

Baca juga: Tips Jadikan Pokok Bunga Kertas Anda Berbunga Meriah, Baru Tahu Kena Siram Macam Ini..

Sumber: Femina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×