DIY & Kraf

5 Tanda Awal ‘Power Steering’ Kereta Ada Masalah, Patutlah Rasa Berat Bila Nak Belok!

2
SHARES
power steering kereta

Anda perlu risau sekiranya ketika memandu terasa sukar untuk membelokkan kereta. Ia boleh jadi tanda awal power steering kereta anda ada masalah. Hal ini kerana, power steering dalam kondisi baik akan membuatkan anda lebih mudah mengawal kereta dengan lebih ringan, mudah dan selesa.

Power steering (stereng kuasa) ialah sistem dalam kereta yang membantu pemandu mengemudikannya dengan meningkatkan daya yang diperlukan untuk memusingkan stereng, menjadikannya lebih mudah untuk kereta berpusing atau bergerak.

Baca juga: Panduan ‘Explore’ Canva Untuk Amatur, Cikgu Boleh Guna Buat BBM Anak Murid!

POWER STEERING KERETA ADA MASALAH

power steering kereta

Gambar: jcomp

Ketika memandu, jika anda terasa sukar untuk membelok atau keluarnya bunyi kurang sedap pada power steering, sudah tiba masanya untuk hantar ke bengkel kereta demi keselamatan diri dan penumpang.

Justeru itu, mari ketahui lebih lanjut 5 tanda awal power steering anda bermasalah seperti dikongsikan @altimatsaujana.

Baca juga: 6 Tanda Untuk Bezakan Iklan Palsu Di Facebook, Selamat Dari Kena ‘Scam’!

1. Bunyi bising ketika membelok kereta

Kebiasaannya, masalah ini datang daripada power steering pump ataupun boleh jadi juga minyak power steering sudah berkurangan.

2. Gegaran pada tayar kereta

Gegaran pada tayar kereta biasanya berpunca daripada sama ada tayar ataupun rim. Tetapi boleh jadi juga kerosakan pada komponen mekanikal power steering rack.

3. Kebocoran pada minyak power steering

Punca ini adalah yang paling jarang sekali untuk pengguna perasan. Minyak power steering yang berkurangan akan menghasilkan bunyi pada power steering pump. Kebocoran minyak power steering terjadi pada power steering hose atau revoir tank.

Baca juga: DIY Print Sticker Nama Buku Sekolah Modal RM2.16, Ada Template Sekali!

4. Perubahan warna minyak power steering

power steering kereta

Gambar: @altimatsaujana

Pada asalnya minyak power steering adalah jernih. Sekiranya ia bertukar warna gelap, itu tandanya ia sudah lama tidak ditukar. Jangan lupa untuk tukar minyak power steering dan jenis yang berkualiti.

5. Kereta susah nak belok

Apabila kereta anda terasa susah membuat belokan itu bermakna steering sudah menjadi berat yang diibaratkan seperti tiada pos steering.

Ia adalah perkara paling serius dan bermasalah sekiranya steering rack sudah rosak. Boleh terjadi disebabkan power steering pump atau steering rack bermasalah.

Baca juga: Tips Beli Kenderaan Terpakai ‘Second-Hand’, Elak Jadi Mangsa Tertipu!

Sumber: Titkok @altimatsaujana

FT Image: @altimatsaujana / bjak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×