Asuh

Adik Menangis Tak Pandai Baca Jangan Sedih, Besar Nanti Bijak Macam Akak Ini!

13
SHARES
nasihat

Ramai warga maya turut bersimpati, apabila melihat sebuah video seorang kanak-kanak perempuan menangis kerana tidak boleh membaca. Dalam pada itu, para ibu bapa telah meninggalkan komen membina berunsurkan nasihat untuk membakar semangat kanak-kanak tersebut.

Sama juga seperti satu perkongsian ditulis Nur ‘Adnin Syamil di Facebooknya itu, yang mengandungi kata-kata pendorong agar si kecil itu tidak menangis lagi.

Baca juga: Jadi Kebanggaan Malaysia & Dunia, Ini 6 Tokoh Wanita Popular Jadi Inspirasi!

NASIHAT ACIK UNTUK ANAK BELUM PANDAI MEMBACA

nasihat

Gambar: Nur ‘Adnin Syamil

Darjah 3 Acik masuk pemulihan sebab tak reti membaca

Kepada adik yang menangis kena marah cikgu sebab tak pandai membaca, jangan menangis sayang. Acik kongsikan kisah ringkas Acik ya.

Acik tak pernah masuk tadika. Bayangkan darjah 1 Acik macam mana? Tak reti apa! Pergi sekolah menangis kejar kakak nak balik rumah. 

Acik lambat membaca. Masuk darjah 1 baru kenal ABC. Waktu darjah 2 siap masuk kelas pemulihan sebab tak reti membaca. Lambat! Lembab! Periksa dah tentulah corot.

Lepas itu, Acik kena sakit kulit, dah kena cuti dekat 2 bulan tak pergi sekolah (Acik gembira sebenarnya tak payah pergi sekolah) hahaha.

Tapi dalam diam Acik sedih dan rasa bodoh sangat. Semua kawan dah pandai membaca. Tapi Acik tak boleh mengalah, Acik kena pandai membaca juga!!!

Baca juga: Fu Ceen Tunai Nazar Umum Masuk Islam, Lepas Menang Emas Di SUKMA Sarawak 2024!

Acik berusaha sampai lancar membaca dan dapat nombor 10 dalam kelas!

Masuk je darjah 3, Acik dah lancar membaca, acik baca semua benda boleh baca sampai tahap kotak ubat gigi pun Acik baca!

Hasilnya, Acik dapat nombor 10 dalam kelas tahun itu. Siap dapat hadiah peningkatan dalam kelas.

Sejak itu, Acik tak pernah putus asa belajar sebab Acik tahu Acik tak genius. Acik kena ubah hidup Acik. Acik kena berjaya!

Sekarang umur Acik 36 tahun dan Alhamdulillah sudah ada PhD

Pendek cerita, Acik habis dah belajar sekarang ini. Umur 36 ada PhD. Okaylah tu kan? Siapa-siapa pun boleh berjaya asalkan tak putus asa. Kena ada disiplin dan hargai masa.

Dik, semangat kita jangan pernah padam dengan kata-kata manusia. Jadikan kata-kata itu sebagai pembakar semangat kita. Semangat kita, milik kita!

Salam sayang dari, Acik tak tadika dah pandai membaca, 23 Ogos 2024.

Baca juga: Di Sebalik Kisah ‘Siput Sedut Race’, Asbab Tolong Hamba Allah Mencurah Rezeki Dia!

Sumber: Nur ‘Adnin Syamil

FT Image: Nur ‘Adnin Syamil / Titkok @june_erniey

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×