40 Minggu

Ibu Usia 50 Selamat Lahir Anak Selepas 22 Tahun Penantian, Anugerah Tak Terucap!

32
SHARES
cahaya mata

Kuasa Allah SWT tiada siapa yang tahu, “sudah 22 tahun saya menanti kehadiran cahaya mata ini.” Begitulah rezeki anak diterima Rostalela Sidi Ahmad, yang tidak menyangka akan melahirkan bayi perempuan pada usianya yang sudah mencecah 50 tahun.

Mesra disapa Lela, sepanjang dia hamil hingga berpantang tiada kesulitan yang ditanggungi kerana Allah SWT permudahkan urusannya. Bayi yang dilahirkan juga dalam keadaan sihat, itu yang dikhabarkannya pada wartawan Kosmo! ketika dihubungi.

Baca juga: Sengaja Tinggal Duit Untuk Isteri Pinjam & Tak Minta Ganti, Suami Tak Sangka Ini Berlaku!

CAHAYA MATA PADA USIA 50 TAHUN

cahaya mata

Menurut Lela, cahaya matanya dilahirkan pada 20 April lalu dan kini sudah hampir habis berpantang. Dia dan suami yang kini berusia 53 tahun sangat menanti-nantikan kelahiran puteri tersebut selepas kali terakhir bersalin anak kedua pada 22 tahun lalu.

“Sudah 22 tahun saya menanti kehadiran cahaya mata ini. Selepas kali terakhir bersalin anak kedua pada 22 tahun lalu. Pada awalnya, saya ingat dapat anak lelaki. Selepas beberapa bulan, doktor cakap anak saya perempuan,” katanya.

Baca juga: Isteri Terkejut Suami Nak Berpisah Sebab ‘Sangkut’ GDM Masa Hamil, Geli Dengan Diabetes!

Malah, kedua-dua anak kepada pasangan ini juga sangat gembira dan banyak membantu dengan membelikan barang-barang keperluan asas untuk Lela.

“Anak-anak semua teruja. Mereka semua belikan baju warna biru sebab ingatkan anak lelaki. Malah, doktor di hospital juga tumpang gembira sehingga ramai beri semangat kepada saya.

“Selepas melahirkan anak, saya terus tanya doktor apa jantina anak saya. Doktor beritahu saya, anak saya perempuan. Alhamdulillah saya bersyukur.

“Tetapi itulah, barang-barang semuanya sudah beli wana biru,” katanya.

Ramai minta tips mudah hamil terutama wanita 40 tahun ke atas

cahaya mata

Sejak tular videonya di laman TikTok, Lela banyak menerima ucapan tahniah yang turut sama menumpang gembira. Kini, video tersebut telah mendapat lebih 280,000 tontonan, hampir 6,000 tanda suka dan lebih 800 komen.

Bahkan, ramai orang yang bertindak menghantar mesej kepadanya di laman Tiktok untuk meminta tip-tip memudahkan kehamilan, terutamanya daripada wanita berusia 40 tahun ke atas.

“Saya tidak ada tip istimewa. Cuma sepanjang kehamilan, saya menjaga pemakanan saya.

“Saya banyak makan buah, ulam-ulaman dan kurangkan gula dalam makanan. Segala ubat yang dibekalkan oleh klinik saya ambil ikut jadual.

“Syukur, sepanjang kehamilan saya tidak alami sebarang komplikasi. Cuma pada akhirnya saya minta agar melahirkan anak secara pembedahan kerana alami kesukaran sewaktu ingin melahirkan anak,” jelasnya.

Baca juga: Makan Telur Penyebab Luka Bersalin Lambat Sembuh? Tapi Doktor Kata Sebaliknya…

Sumber: Kosmo! / Tiktok Rostalela Sidi Ahmad

FT Image: Rostalela Sidi Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×