40 Minggu

Makan Telur Penyebab Luka Bersalin Lambat Sembuh? Tapi Doktor Kata Sebaliknya…

26
SHARES
makan telur dalam pantang

Makan telur dalam pantang bersalin, boleh ke? Ramai yang menganggap telur tidak boleh dimakan oleh wanita selepas bersalin.

Namun, perkara tersebut disangkal oleh seorang doktor. Nak tahu butirannya, sila tatal hingga habis.

Baca juga: Isteri Terkejut Suami Nak Berpisah Sebab ‘Sangkut’ GDM Masa Hamil, Geli Dengan Diabetes!

MAKAN TELUR DALAM PANTANG BERSALIN

makan telur dalam pantang

Gambar:

“Lepas bersalin atau lepas operate caesar boleh makan telur ke? Ada orang cakap kalau makan telur nanti luka tu gatal dan bernanah. Seriau saya!”

Baca juga: Bahaya 5 Makanan Ini Jika Diambil Ibu Hamil, Boleh Beri Kesan Buruk Pada Kandungan!

Protein sebagai ejen penyembuhan, hasil sel & tisu baru

Menurut Doktor Muhammad Izzat di akaun X miliknya, protein adalah sumber penting yang diperlukan tubuh badan untuk penyembuhan luka dan penghasilan sel atau tisu baru.

Di mana, makanan yang berprotein tinggi seperti putih telur adalah digalakkan selepas pembedahan atau bersalin.

“Kita perlukan protein yang cukup untuk penyembuhan luka dan penghasilan sel atau tisu baru.

“Makanan yang berprotein tinggi seperti putih telur memang digalakkan makan lepas operate atau lepas bersalin untuk keperluan protein ini. Di samping, makanan-makanan lain yang berprotein seperti daging merah, bijirin, kekacang ikan dan sebagainya,” ujar Dr. Izzat.

Baca juga: Pakar Kongsi 13 Tips Cepat Sembuh Luka C-Sec Lepas Bersalin

Baca juga: Ini 6 Doa Suami Boleh Baca Semasa Teman Isteri Bersalin, Semoga Dipermudahkan!

Jika alergi telur jangan makan

Tambahnya lagi, melainkan anda mempunyai alergi terhadap telur, maka sebaiknya tidak mengambilnya. Hal ini dikhuatiri luka anda akan mengalami rasa gatal-gatal dan bernanah.

“Kalau dah korang memang alergi atau alah pada telur itu, yang gatal pergi makan buat apa? Mestilah luka gatal, dah gatal pergi garu-garu, jangkitan bermula dan nanah terbentuk. Kalau tak ada alergi, silalah makan telur tanpa was was, tak perlu bimbang tak tentu pasal,” tulisnya lagi.

makan telur dalam pantang

makanan pantang bersalin

Baca juga: 30 Hari Menu Sahur Ibu Menyusu Kenyang Sampai Petang, Idea Berbuka Pun Ada!

Sumber: Erin Sakura

FT Image: Shutterstock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×